Friday, November 19, 2010

Gegaran Selangor



15 November; Setelah sekian lama,akhirnya unit dana syaqah PMRAM menggerakkan langkah memasuki BKAN Selangor.Selangor yang merupakan negeri bagi pengarah dana syaqah, agak lewat dalam menjalankan penerangan mengenai dana syaqah. Namun, perkara tersebut tidak menjadi halangan dalam menjadikan misi dana syaqah tetap diteruskan.




Program yang diberi nama SAIEDHA itu, dijalankan di markaz sementara pelajar-pelajar Selangor. Ia turut diserikan dengan kehadiran  Ust. Abdul Aziz selaku wakil bagi badan pengurus PMRAM yang membacakan perutusan Aidiladha.






Pada malam tersebut, Ust. Khairul Amri selaku pengarah Unit Dana Syaqah menyampaikan ucapannya.Beliau turut ditemani Ust. Muhammad Sufi selaku ketua unit R&D UDS.Skop penerangan pada malam tersebut lebih tertumpu kepada sensitiviti ahli dalam membantu pergerakan UDS .



Kehadiran pada malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Bukan sekadar menadah telinga,namun respon yang diberikan anak-anak Selangor terhadap Dana Syaqah turut memberangsangkan.Buktinya jelas apabila kutipan yang berjaya dihasilkan mencapai jumlah LE 1001.65. Pihak Dana Syaqah mengucapkan terima kasih kepada AJKT Kebajikan Selangor kerana berjaya mengetengahkan Dana Syaqah dalam misi menjayakan kebajikan PMRAM.



Gaya tersendiri pengarah Dana Syaqah selepas sesi penerangan,

Friday, November 05, 2010

`Bicara Pedusi': Inisiatif Murni Penulis Dalam Mempromosikan Produk Dana Syaqah PMRAM


Penulis karya yang telah mewakafkan hasil penulisannya kepada PMRAM telah menjalankan satu pertandingan memiliki senaskhah novel tersebut. Pertandingan yang begitu simple dan menarik ini dicipta semata-mata mempromosikan buku keluaran Dana Syaqah PMRAM. Semoga usaha murni beliau mendapat keberkatanNya serta dinilai sebagai bekalan berharga kelak. Tahniah dan sekalung penghargaan PMRAM ucapkan.

Sila layari laman blog penulis di: Haruman Mawar

Thursday, November 04, 2010

" Komitmen Anda Sebagai Penyumbang, Kebanggaan Kami "

Panorama jualan Unit Dana Syaqah sepanjang Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri II PMRAM.
 
Sekalung penghargaan kepada seluruh mahasiswa yang telah membeli dan menyumbang kepada Dana Syagah PMRAM. Teruskan sumbangan demi merealisasikan impian pemilikan ruangan pejabat PMRAM.


 Gerai UDS menjadi tumpuan sewaktu sesi rehat pengajian


 AJK UDS, Saudara Yassaruddin Samsul menemani Ketua Unit Jualan UDS sepanjang jualan pagi


Penasihat Unit Dana Syaqah PMRAM 2010 Saudara Mohd Farkhan B Md Zain bersama ketua Unit Jualan UDS Saudara Mohd Firdaous Abdullah


Timb. Presiden dan Naib Presiden II PMRAM antara pembeli setia jualan UDS pada setiap pagi sebelum memulakan pengajian Hadith

Tuesday, October 26, 2010

Jualan Unit Dana Syaqah di Kutub Sittah Siri II

Bertepatan dengan program Kutub Sittah Siri II, kami akan membuka sebuah gerai jualan khas disana. Antara produk jualan kami ialah :

- Roti Sosej
- Roti John
- Nasi Lemak
- Pop-corn
- Kuih I'sh Buruk
- Cucur
- Air Kotak pelbagai jenis.

--> Nantikan kami disana!
"Membeli sambil menyumbang"
"Hulurkan Sumbangan Tunaikan Kewajipan"

Saturday, October 23, 2010

Unit Dana Syaqah di Damanhur mencapai kutipan LE201.75!

Saudara Muzakkir (TSU DPM Damanhur) selaku pengerusi Umum
DAMANHUR, 21 Oktober- Kali ini Unit Dana Syaqah bergerak pula ke Damanhur atas tiket jemputan dari PMRAM cawangan Damanhur. Slot UDS yang berlangsung sebelum Majlis Penutup Minggu Explorasi 2010 mendapat sambutan yang memuaskan dari ahli di sini.
Saudara Amin sebagai pengerusi slot UDS
Slot penerangan UDS
     Ketika slot penerangan mengenai UDS dan bagaimana gerak kerja UDS pada sesi ini, kelihatan ahli menunjukkan sikap ingin tahu dan bersedia untuk memberi bantuan andai diperlukan. Terdapat juga soalan-soalan yang bernas dan cadangan menarik yang diutarakan. Apabila selesai slot UDS yang juga dibantu oleh Saudara Amin dan Firdaus, jumlah kutipan dikira dan mencapai LE201.75! Syabas kami ucapkan kepada PMRAM cawangan Damanhur!
Pengarah UDS, Saudara Amri ketika penerangan & soal jawab UDS
Antara hadirin yang hadir di slot UDS
      Pihak UDS mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan ke Damanhur dan berharap dapat ke sana lagi jika berkesempatan, moga kalian semua sentiasa membantu PMRAM dan berada dibawah naungan rahmat Allah S.W.T, Insya Allah.

Thursday, October 21, 2010

Mahasiswa/wi Mansurah terus optimis Misi Dana Syaqah PMRAM akan direalisasi segera. Kutipan LE700 diperolehi melalui tabung pada hari tersebut

18 Oktober- Unit dana Syaqah yang diketuai Pengarah Saudara Khairul Amri Helmi Azhar membuat penerangan mengenai misi Dana Syaqah kepada seluruah ahli PMRAM Cawangan Mansurah. Penerangan yang berlansung setelah slot Badan Pengurus dan HEWI PMRAM melalui lawatan kerja PMRAM menerima kehadiran ahli yang cukup memberansangkan demi merealisasikan misi murni PMRAM.

                Pengarah Dana Syaqah pada sesi penerangan                           

                                         
 Pengarah bersama Timb. Pengerusi PMRAM Caw Mansurah Saudara Dr Izat
Hadirin mahasisiwa Islam dengan gaya komitmen yang tersendiri                                                


  Mahasiswi Islam Mansurah penyumbang yang tidak jemu untuk Dana Syaqah                                    
   

  Saudara Sufi, Pengerusi Slot Dana Syaqah di Mansurah

                                                    


Mansurah yang mempunyai rekod baik dalam sumbangan pada Skim Yuran 2009 memberikan kerjasama yang cukup baik dalam merealisasikan impian PMRAM untuk memiliki 2 aras ruangan pejabat. Pada tahun lepas, PMRAM Cawangan Mansurah merupakan penyumbang yang paling tinggi sehinggakan mencecah hampir LE80 ribu. Ini merupakan signal dan isyarat yang cukup baik terhadap komitmen dari PMRAM Cawangan Mansurah. Ia juga menunjukkan rasa cinta mereka terhadap PMRAM dengan menyumbang atas dasar memahami akan keperluan memiliki pejabat PMRAM dengan kadar segera untuk menjmatkan kos kepejabatan yang menelan LE36,600 per tahun.

Sesi penerangan dibuat oleh Pengarah dan dibantu oleh Ketua-ketua Unit Dana Syaqah Saudara Sufi dan Yahya  yang turut serta dalam roadshow tersebut. Tayangan video khas mengenai Unit Dana Syaqah turut disertakan disamping tayangan video ARMA.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada seluruh PMRAM Cawangan Mansurah yang telah menyumbang melalui kutipan tabung pada hari tersebut sebanyak LE700.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Saudara Mohd Farkhan ketika ditemui selepas slot Badan Pengurus mengulas, sensitiviti ahli sudah merudum selepas berakhirnya tempoh matan usul memiliki Syaqah PMRAM sebelum 2009 pada Muktamar Sanawi PMRAM pada 2009. Penerangan perlu dijalankan untuk menaikkan semula sensitiviti ahli disamping tidak melupakan punca sebenar kewujudan misi Dana Syaqah iaitu penghalauan PMRAM dari ruang pejabat ARMA.

Monday, October 18, 2010

Roadshow Dana Syaqah bersempena lawatan kerja BP dan HEWI PMRAM ke Mansurah

Roadshow Dana Syaqah PMRAM semepena lawatan kerja Badan Pengurus dan HEWI PMRAM 2010 ke PMRAM Cawangan Mansurah.

Sumber: PMRAM Cawangan Mansurah

Sunday, October 17, 2010

Roadshow Unit Dana Syaqah Di Mansurah

18 oktober- Roadshow Unit Dana Syaqah PMRAM 2010 akan menemui mahasiswa mahasisiwi PMRAM cawangan Mansurah demi merealisasikan impian memiliki pejabat PMRAM.

Road show yang bertujuan untuk memberi penerangan mengenai misi yang bernilai LE1.5 juta ini hasil kerjasama dengan unit kebajikan dewan perwakilan Mahasiswa Mansurah.

Semua mahasiswa mahasiswai Mansurah dijemput untuk hadir ke road show tersebut.
Temui produk sulung dana syaqah 2010 novel Bicara Pedusi hasil karangan Wardatul Syaukiyyah dengan harga LE23. Selamat membeli dan menyumbang.

Tuesday, October 12, 2010

Temui Novel `Bicara Pedusi' Unit Dana Syaqah dengan Kerjasama Kem Latihan Penulis (KELAP) PMRAM dipasaran sekarang


Projek sulong Unit Dana Syaqah dengan kerjasama Kem Latihan Penulis (KELAP) berjaya diterbitkan untuk dipasarkan. Karya yang dihasilkan oleh seorang penulis Malaysia, Wardah Syaukiyyah ini merupakan karya khusus demi merealisasikan keberjayaan misi Dana Syaqah PMRAM dari pihak penulis. Bolehlah mendapatkan terus di Kedai PMRAM dan HEWI PMRAM dengan harga menarik LE23. Selamat membeli dan menyumbang.

Wednesday, October 06, 2010

Pameran Bergerak ARMA & Dana Syaqah Diteruskan Lagi


PDF Print E-mail
arma pmram.jpgKAHERAH, 6 Oktober - Unit Panitia ARMA PMRAM bersama Unit Dana Syaqah sekali lagi meneruskan pameran bergerak bagi meneruskan penerangan berkaitan antara hak PMRAM di ARMA dan misi pembelian syaqah PMRAM.

Pameran bergerak ini akan berlangsung esok iaitu 7 Oktober pada Hari Khamis di perkarangan Rumah Kelantan Baru di Hayyu Sabik.

Pameran bergerak ini merupakan kali yang kedua selepas dilakukan pada 2 Oktober baru-baru ini di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang.

Objektif utama bagi pameran bergerak ini ialah bagi memastikan semua mahasiswa/wi kesemuanya di setiap tempat mendapat penerangan secara terus mengenai ARMA dan dana syaqah.

"Melalui Unit Panitia ARMA, pada tahun ini kita optimis untuk memberikan penerangan secara langsung secara optimum bagi mengembalikan semula sensitivi ahli kita sebagaimana abang-abang kita dahulu," berkata Pengarah Unit Panitia ARMA, Saudara Hanif Musa.

Di samping itu, Pengarah Unit Dana Syaqah, Saudara Khairul Amri berkata menerusi gandingan bersama antara Unit Panitia ARMA dan Unit Dana Syaqah adalah bagi memperkasakan lagi gerak kerja bersama yang mana asal tujuan wujudnya dana syaqah ini ekoran daripada penghalauan PMRAM dari ARMA pada 1992.

"Justeru, ahli mesti sedar bahawa kedua-dua misi ini mesti dijayakan bersama-sama" tambah beliau.

Makluman lanjut bagi pameran bergerak ARMA & Dana Syaqah adalah seperti berikut :

Tarikh : 7 Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 1) 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk akhwat
2) 1.00 petang sehingga waktu asar untuk ikhwat

Semua mahasiswa/wi dijemput hadir bagi menjayakannya.


Sumber: www.pmram.org

Sunday, October 03, 2010

ARMA & Dana Syaqah : PMRAM Optimis

ARMA & Dana Syaqah : PMRAM Optimis
 
PDF Print E-mail
KAHERAH, 2 Oktober - Pameran bergerak Unit Panitia ARMA bersama-sama dengan Unit Dana Syaqah yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar. Pameran yang diadakan di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang tadi bermula seawal 9.30 pagi dengan sesi lawatan untuk pihak akhwat.

Pameran tadi diserikan juga dengan kehadiran daripada mahasiswi baru daripada beberapa BKAN terutama BKAN Pulau Pinang.

Sesi lawatan untuk akhwat berakhir pada jam 1 petang, kemudian pada jam 1.30 petang pula adalah sesi lawatan bagi ikhwah.

Pengunjung pameran bergerak diberikan pamplet penerangan berkaitan bersama-sama buku penerangan kronologi khas mengenai ARMA yang menceritakan sejarah penubuhan Unit Panitia seawal 1932 sehingga rentetan kronologi peristiwa dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak PMRAM dalam mendapatkan kembali hak beroperasi di anjung ARMA.

Pameran bergerak yang mengganbungkan antara Unit Panitia ARMA dan Unit Dana Syaqah ini merupakan siri yang pertama dalam menyebarkan penerangan dan informasi yang berkaitan serta bagi menghidupkan kembali sensitiviti ahli dalam cakna isu ARMA dan Dana Syaqah.

"Pada tahun ini, pihak PMRAM melalui Unit Panitia ARMA khususnya begitu optimis 

dalam berusaha menaikkan sensitiviti ahli terhadap ARMA. Dan pameran bergerak ini adalah langkah permulaannya" ujar Timbalan Presiden yang ditemui di tapak pameran bergerak petang tadi. 

Sumber Rasmi: www.pmram.org

Thursday, September 30, 2010

Pameran UDS bergerak bersama Panitia ARMA di BKAN P. Pinang

Assalamualaikum..
InsyaAllah bertepatan pada tarikh
2 Oktober 2010,
pihak Unit Dana Syaqah dengan kerjasama
Unit Panitia Arma akan berada di:

> Rumah Pulau Pinang
> jam 9.00 am - 1.00 pm (akhawat)
> jam 1.00 pm - 4.00 pm (ikhwah)

Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai UDS,
anda dialu-alukan hadir ke lokasi.

--> Jumpa disana!


Tuesday, July 27, 2010

Kalam HEWI

Segala puji bagi Allah s.w.t Pentadbir sekalian alam. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepadaNya diatas kurniaan nikmat Islam dan iman. Selawat dan salam keatas Rasulullah SAW, keluarga Baginda SAW, para sahabat, tabi' tabi'in dan mereka yang mengikuti sunnahnya dengan ikhlas sehingga ke hari penentuan.


"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedangkan mereka beriman maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya Kami akan beri kepada mereka balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."
(Surah An-Nahl, ayat 97)


Sahabat- sahabat,

Terkini, jumlah sumbangan dana syaqah mencapai jumlah LE 353 364.38. Jika dibandingkan jumlah ini masih terlalu jauh dengan nilai sasaran untuk membeli syaqah PMRAM, yang mencecah 1juta. Namun bagi PMRAM, setiap nilai sumbangan yang disalurkan amat dihargai dan kami dari PMRAM Pusat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli PMRAM dan para penyumbang yang sama-sama berusaha untuk menjayakan misi dana syaqah PMRAM. Semoga ALLAH SWT membalasi setiap kebaikan dan pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

         Bagi mencapai misi, unit Dana Syaqah dibawah Lajnah dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah merancang dan menyusun beberapa gerak kerja dalam memastikan target untuk mendapatkan syaqah PMRAM sesegera mungkin akan terlaksana. Disamping memantapkan jualan-jualan, kutipan sumbangan dan produk dana syaqah, kita amat memerlukan bantuan ahli-ahli. Ternyata, agenda ini bukan hanya terpundak di bahu-bahu kepimpinan PMRAM, adhoc dan AJK Unit Dana Syaqah, bahkan ke atas ahli PMRAM keseluruhannya.
         Kita melihat kepulangan ahli saban tahun terutama dalam fatrah cuti musim panas sebagai satu peluang besar untuk memperolehi sumbangan. Untuk itu, kepada ahli-ahli yang pulang bercuti, boleh mendapatkan proposal dana syaqah PMRAM sama ada dalam bentuk hardcopy ataupun softcopy (PDF). Segala kerjasama kami dahulukan dengan jutaan ucapan terima kasih.
         Dengan usaha dari semua pihak termasuk ahli PMRAM, juga nusrah dariNYA marilah kita berdoa moga-moga impian bersama untuk mendapatkan syaqah PMRAM akan terealisasi dalam jangka waktu terdekat ini. JazakumuLlah khairan kathira. Siiru 'ala baraakatiLlah.



Pameran Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2010


Pameran Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM telah berlansung serentak bersama Bazar Damai (Pahang & Terengganu) pada 18 Julai 2010 dan Bazar Kelantan pada 19 Julai baru-baru ini.

Objektif pameran UDS adalah bagi memberi penerangan dan kefahaman kepada seluruh ahli PMRAM dan meningkatkan sensitiviti mereka untuk menghulurkan sumbangan kepada UDS. Bancian Medan tentang kefahaman ahli kepada UDS juga turut diadakan, dan hasil bancian menunjukkan masih ramai lagi yang belum memahami Misi Danan Syaqah PMRAM.

Pameran UDS seterusnya akan menemui anda di Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10).

Sama-sama menjayakan misi dana syaqah. Hulurkan Sumbangan, Tunaikan Kewajipan.
Pengarah UDS di Bazar Damai

Saturday, July 17, 2010

Perjumpaan Penyelarasan

Perjumpaan Penyelarasan Unit Dana Syaqah PMRAM

Pada 15 Julai 2010 baru-baru ini, Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM telah mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan gerak kerja sempena bazar yang akan berlangsung di sekitah kaherah ini.

 
Unit Gempur UDS, di bawah pimpinan Ustaz Muhammad Sufi Bin Mohd Yusof akan membuka kaunter pameran di Bazar Pahang dan Terengganu pada 18 Julai ini, kaunter pameran UDS akan membuat jualan barangan UDS, keterangan tentang pentingnya keperluan untuk PMRAM memiliki apartmen, edaran borang bacian, dan anda juga boleh membuat sumbangan secara langsung kepada dana syaqah di kanter.


UDS juga akan turut sama-sama menyertai jualan makanan di Bazar Pahang dan Terengganu, dan Bazar Kelantan.

Kepada anda semua jangan lupa untuk temui kami di sana dan sama-sama menyokong UDS dalam mencapai misi apartmen PMRAM.

Hulurkan Sumbangan, Tunaikan Kewajiapan.

Monday, May 03, 2010

Kalam Muqoddimah Naib Presiden III PMRAM 2010

بسم الله الرحمن الرحيم                         
الحمد الله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، وصفيه وخليله، وخيرته من خير خلقه وحبيبه. صلوات ربي وسلامه عليه، وعلى آله وصحبه، ومن سار على نهجه، وارض اللهم عنا معهم بعفوك وكرمك وإحسانك يا رب العالمين

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan buat yang selayakNYA di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Selautan selawat dihadiahkan buat Baginda s.a.w yang telah menyelamatkan umatnya daripada lembah kesesatan bersama para sahabat Baginda.

Misi Dana Syaqah walaupun masih belum mencapai sasarannya mengikut jangkaannya pada tahun 2009 berdasarkan usul di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, ianya tetap akan diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM. Tidak bermaksud matan usul yang mensyaratkan tahun 2009 adalah tahun pemilikan Syaqah PMRAM akan terhenti sebegitu sahaja dengan berakhirnya tahun 2009. Ianya tetap diteruskan bagi menjayakan misi tersebut seterusnya meringankan bebanan PMRAM dalam menanggung sewaan dua buah pusat operasi PMRAM yang mencecah puluhan ribu per tahun.

Misi perlu diteruskan bagi melihat bebanan pimpinan akan datang dapat diringankan sekaligus menjamin mutu kerja yang lebih efisyen. Konsep menyumbang berdasarkan kefahaman perlu disemai diakalangan ahli PMRAM melalui duta-duta PMRAM disemua peringkat cawangan PMRAM. Seluruh AJKT PMRAM Cawangan merupakan agen dan duta PMRAM dalam menjelaskan setiap misi dan visi PMRAM Pusat agar segala pelan perancangan pihak PMRAM Pusat dapat dijayakan secara kolektif. Bukanlah pimpinan sahaja yang perlu mengerah keringat bagi menjayakan misi ini bahkan seluruh ahli perlu memainkan peranan yang sama bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Bagi yang telah menunaikan kewajipan melaksanakan amanahnya dalam menyumbang LE 300 pada sesi lalu sekalung penghargaan diucapkan dari pihak PMRAM atas kesungguhan menjayakan misi ini. Ruang sumbangan terus dibuka kepada semua selagi misi ini tidak tercapai. Penjualan produk-produk Dana Syaqah tetap diteruskan bagi menjana wang yang sedia ada hasil dari sumbangan sejak misi ini mula dilancarkan pada tahun 2006. Bagi yang tidak berkemampuan, sumbangan idea serta cadangan amat dialu-alukan bagi penambahbaikan perjalanan misi ini.

Teruskan menyumbang berdasarkan kemampuan. Moga sumbangan tersebut dikira sebagai amalan kebajikan dan dilipat gandakan disisiNYA.

 



"Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya " (al-Baqarah : 216)

MOHD FARKHAN B MD ZAIN
KETUA LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN PMRAM 2010

Tuesday, April 13, 2010

Amanat Terakhir Naib Presiden III PMRAM 2009


Assalamualaikum...

Segala puji-pujian ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarga dan para sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya...

Teman-teman yang dikasihi sekalian,

Amanat ini merupakan amanat terakhir yang ingin disampaikan kepada teman-teman bagi kita sama-sama terus di dalam menjayakan Misi Syaqah PMRAM. Apa yang ingin saya katakan ialah Misi Syaqah PMRAM ini perlu kita ketahui selaku kita pendokong yang mengaplikasikan slogan "Kita PMRAM" di dalam diri kita bahawa keperluan syaqah/apartmen sudah menjadi perkara dharuri bagi PMRAM. Sekiranya ditanya adakah tanpa syaqah yang dimiliki sendiri akan menyebabkan PMRAM semakin susah? Tentu sekali ya.. Sebagaimana banyak kali yang telah saya katakan ialah sewaan bulanan pejabat PMRAM kini amat menekan kewangan PMRAM, sekiranya ia berlanjutan akan membantutkan perjalanan gerak kerja PMRAM yang merupakan penaung bagi mahasiswa/wi Melayu di Mesir dan juga gerakan Islam mahasiswa/wi di sini.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, saban tahun isu keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku semakin menular dan meningkat. Justeru gemblengan kekuatan perlu dikerahkan. Bahkan kekuatan yang diharapkan bukan hanya sudut tenaga sahaja bahkan kewangan juga amat membantu. Dalam promosi dan Road Show yang telah Unit Dana Syaqah lakukan, saya kerap kali menekankan bahawa pemilikan sendiri pejabat akan menjimatkan kewangan PMRAM. Sebanyak LE 1800 yang diperuntukkan bagi sewa pejabat akan dapat disalurkan kepada gerak kerja yang lain seperti Hisbah, walau apa pun ia bergantung kepada perbincangan pimpinan semasa.

Teman-teman sekalian,

Sepanjang satu sesi saya diamanahkan bagi melaksanakan Misi Syaqah PMRAM, banyak isu dan permasalahan yang telah dilalui bersama dengan seangkatan mereka yang telah mengerahkan tenaga. Di akhir pentadbiran ini, saya memohon sejuta kemaafan sekiranya andai ada gerak kerja yang tidak terlaksana sepanjang ini. Saya juga meminta kerjasama semua pihak untuk kita sentiasa memperjuangkan Misi Syaqah PMRAM ini sehingga berjaya. Yakinlah teman-teman setiap masa, kewangan, tenaga dan idea yang telah dicurahkan akan mendapatkan ganjaran yang berkekalan di sisi Allah ....

Sama-sama kita doakan Misi Syaqah PMRAM berjaya dilaksanakan dengan secepat mungkin...

Selamat berjuang....

Muhamad Zuhaili Saiman
Naib Presiden III
(Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan)
PMRAM 2009

Friday, March 26, 2010

BKAN Perlis Destinasi Yang Ke-11




25 Mac, Khamis - Road Show Dana Syaqah berjalan lagi menuju ke destinasi yang seterusnya. Kini bertapak di BKAN Perlis yang merupakan destinasi yang ke-11. Road Show dijalankan selepas selesai bacaan Yassin pada malam Jumaat. Yang turut menjayakan Road Show tersebut ialah Saudara Bazli yang merupakan krew Unit Dana Syaqah, Saudara Zuhaili Saiman yang merupakan Naib Presiden III dan Saudara Labib, Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah.

Kali ini Road Show disajikan bersama dengan penerangan mengenai kekuatan kesatuan yang disampaikan khas oleh Saudara Labib, Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah. Ia dikaitkan dengan permasalahan syaqah PMRAM yang sepatutnya menjadi tempat utama di dalam berinteraksi sebagai medan perbincangan gerak kerja PMRAM. Namun, walaupun PMRAM sudah menjagkaui usia 80 tahun, tempat yang tetap masih belum ada ekoran dikeluaarkan daripada pejabat PMRAM di anjung ARMA suatu ketika dahulu.

Semoga dengan penerangan yang disampaikan akan memastikan ahli-ahli BKAN Perlis bangkit membantu menjayakan Misi Syaqah PMRAM.

Sunday, March 21, 2010

" Ayuh ! Sama-Sama Berganding Bahu Menjayakannya " - Pengarah Unit Dana Syaqah


Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah, selaut kesyukuran kita panjat ke hadrat Ilahi, atas limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat berdiri teguh di bawah kesatuan yang membawa dasar Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu PMRAM. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah SWT.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana yang kita ketahui, kini Misi Syaqah PMRAM sudah menjejak tahun yang ke-5 selepas ia dijalankan bermula tahun 2006. Sehingga kini jumlah LE 1.5 juta masih lagi jauh bahkan secara logik, angka ini agak payah untuk dikecapi dalam masa yang terdekat ini. Lagi, kegagalan kita bersama di dalam menjayakan usul yang lepas iaitu menjayakan pembelian Syaqah PMRAM pada akhir 2009 menjadikan Misi Syaqah PMRAM tertanya-tanya bilakah lagi misi ini akan ditetapkan berakhir. Saya selaku Pengarah bagi Unit Dana Syaqah PMRAM mengungkapkan kembali kalam daripada Saudara Zuhaili Saiman selaku Ketua Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM bahawa objektif utama ialah PMRAM mendapat syaqah yang diimpikan bagi menjalankan operasi kepejabatan. Adapaun ketetapan tarikh pada sebelum 31 Disember 2009 sebelum hanya sebagai suatu momentum bagi mempercepatkan dana yang disasarkan. Maka, saya mengingatkan lagi bahawa Misi Syaqah PMRAM terus berjalan sehingga sebuah syaqah mampu dimiliki, tidak kira samada mengambil masa yang agak panjang.

Di bawah aktiviti Unit Dana Syaqah PMRAM yang ditubuhkan khas bagi merealisasikan Misi Syaqah PMRAM pelbagai aktiviti telah pun dijalankan bagi mendapatkan dana seperti jualan barangan Dana Syaqah, mengmbil tender bazar, mengadakan pameran dan road show bagi menerangkan kepentingan syaqah dan menyeru ahli membantu misi ini dengan semaksima yang mungkin.

Justeru, saya mengingatkan sahabat-sahabat sekalian bahawa Misi Syaqah ini tidak akan berjaya sekiranya tiada usaha bersama di antara pimpinan dan ahli. Apa yang penting saya menyeru semua sahabat agar kita semua menjadi agen di dalam menjayakan misi ini samada agen secara rasmi atau tidak. Ingatlah sahabat-sahabat, kalau di zaman dahulu adanya 65 tentera sukarelawan yang sanggup mengggadaikan nyawa, dan pada hari ini saya minta biar sahabat-sahabat yang ada di hadapan mata saya ini mampu menuruti jejak mahasiswa terdahulu. Usaha lelah biar kita tanggung sama-sama, insyaallah kemanisan akan lebih bermakna.

Di akhir kalam, marilah kita sama-sama menjayakan Misi Syaqah PMRAM dengan segera. Semoga kalam yang ringkas ini mampu memberikan sedikit kesedaran kita bersama.

Thursday, March 18, 2010

" Kalau tidak tahu, jangan ubah fakta " - Muhamad Zuhaili Saiman


Sekali lagi, terdapat pihak yang mempertikaikan sejarah dan fakta yang dibentangkan mengenai isu ARMA sekaligus meremehkan Misi Syaqah PMRAM ketika pameran tersebut dijalankan di BKAN Wilayah sepanjang 17 sehingga 20 Mac. Pihak terbabit mempertikaikan bahawa pemilikan tanah seluas 2212 meter persegi yang dihadiahkan bukanlah kepada pihak PMRAM bahkan kepada pihak yang lain.

Berikutan itu, pihak Penerangan dan Informasia Unit Dana Syaqah PMRAM telah pun berjumpa dengan Saudara Zuhaili Saiman selaku Naib Presiden III bagi mendapatkan penjelasan yang lanjut.

Saudara Zuhaili Saiman menjawab bahawa, apa yang pihak Unit Dana Syaqah telah tonjolkan dan terangkan, kesemuanya itu mempunyai fakta dan bukti yang kukuh. Bahkan beliau selaku orang yang bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan Unit Dana Syaqah , menegaskan bahawa pihak beliau sesekali tidak akan melakukan sesuatu tanpa rujukan dan fakta yang sah. Apa-apa sekali pun, mana-mana pihak yang cuba menafikan apa sahaja penerangan yang dilakukan oleh Unit Dana Syaqah, beliau mempersoalkan mengapa pihak terbabit tidak mengambil tindakan untuk mengadakan dialog atau wacana ilmiah di hadapan mahasiswa/wi yang berada di Mesir bagi mereka menilai hujah-hujah di antara 2 pihak, kalaulah pihak mereka mengatakan di sisi mereka bukti yang benar?

Jelas beliau lagi: " Banyak pihak yang cuba memutar belit fakta sejarah yang sudah lama tercatat ekoran mereka tidak berasa senang dengan pihak PMRAM. Baru-baru ini juga, saya mendapat laporan bahawa ada individu yang cuba melakukan perkara sedemikian di rumah BKAN Selangor. Apa yang penting, Unit Dana Syaqah tetap meneruskan penerangannya bagi menaikkan kesedaran dan sensitiviti mengenai hak kita iaitu ARMA hasil jasa perjuangan mahasiswa terdahulu. Bagi saya, mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, cuba bertindak rasional. Saya cadang mereka anjurkan sebuah dialog di antara mereka dengan Unit Dana Syaqah di dataran Hayyu Asyir, biar mahasiswa/wi kita menilai. Saya menegaskan sekali lagi bahawa kalau pihak mereka tidak tahu berkaitan fakta sejarah itu, maka jangan cuba merosakkan pemikiran mahasiswa/wi kita dengan menukarkan fakta sejarah tersebut. "

Pameran Kemanusiaan dan Dana Syaqah di BKAN Wilayah



Pameran Mini Pavilion - menyebarkan maklumat dan isu semasa Palestin....
Gimik anti kezaliman dan zionis...pijak dan terus pijak....

Peta gambaran bagi situasi Baitul Maqdis....

Krew Unit Dana Syaqah - pameran dalam menerangkan isu dan menjual barangan...membeli sambil menderma..

Krew PROSMA dan Unit Kemanusiaan - satu pameran bagi mengedarkan maklumat isu umat Islam global... begitu juga mengumpulkan dana... derma bagi meringankan musibah sahabat saudara seislam kita...

Ketekunan seorang aktivis pejuang Palestin, Saudara Abdul Muin yang merupakan pengarah Mini Pavilion... Selamat berjuang....

Di antara situasi di pameran..... selamat berkunjung....


Bermula pada 17, 18 dan 20 Mac ni, Unit-unit di bawah Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM dijemput di dalam pogram FESTA (Hari Keluarga Anak-Anak Wilayah) bagi mengadakan pameran dalam menerangkan isu-isu yang berkaitan.

Antara unit-unit yang terbabit ialah :

1) MAP - Mini Pavilion bertanggungjawab dalam menyebarkan isu-isu semasa dan maklumat mengenai Palestin dan Baitul Maqdis.

2) PROSMA - bertanggungjawab dalam mencari dana bagi disalurkan kepada Palestin dan umat Islam yang global.

3) Unit Kemanusiaan - bertanggungjawab dalam menyebarkan isu-isu semasa dan maklumat mengenai umat Islam yang global, selain daripada Palestin.

Di dalam pameran tersebut, juga terdapat beberapa gimik yang best seperti kempen menderma dan anti kezaliman dan zionis.

Masa lawatan bagi pameran tersebut ialah :

9.30 pagi - 12.30 tgh hari : akhwat
12.30 tgh hari - 3.30 petang : ikhwah
4.00 petang - 5.30 petang : akhwat
6.30 petang - 11.30 malam : ikhwah

Jumpa di sana........

Followers