Friday, August 26, 2011

PELANCARAN SAHAM WAQAF PMRAM MERIAH

Kaherah 26 Ogos 2011: Unit Dana Syaqah PMRAM membuka langkah baru dengan lebih drastik, sistemetik dan efektif apabila Saham Waqaf PMRAM yang diuar-uarkan sebelum ini dilancarkan dengan penuh gilang gemilang pada Majlis Penutup Ihya' Ramadan & Sambutan Hari Kemerdekaan (IRHAM '11).

Pelancaran yang dibuat oleh Presiden PMRAM, Ustaz Zuhaili Bin Saiman dan diiringi  Naib Presiden III merangkap Ketua lajnah Kebajikan & Kemanusiaan PMRAM, Ustaz Syeikh Muhd Mujahid Bin Syeikh Nawawi dilaksanakan dengan Tuan Presiden menandatangani  plat replika resit Saham Waqaf PMRAM selaku simbolik pembelian Saham Waqaf PMRAM.

Dengan pelancaran tersebut, maka Saham Waqaf PMRAM akan melaksanakan gerak kerja rasminya di seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) seluruh Muhafazah. Serentak dengan itu pembelian bolehlah dirujuk kepada semua wakil penjual Saham Waqaf PMRAM seperti yang berikut: http://dana-apartmen.blogspot.com/2011/08/wakil-pengedar-skim-saham-waqaf-pmram.html

Pelancaran tersebut memberi jawapan kepada seluruh mahasiswa di bumi Mesir khususnya apakah itu Saham Waqaf PMRAM, siapakah wakil penjual, sejarah saham waqaf dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Unit Dana Syaqah PMRAM 2011 Ustaz Muhammad Sufi Bin Mohd Yusof.

Ustaz Zuhaili Bin Saiman menandatangani plat replika Resit Skim Saham Waqaf PMRAM.

Kaunter Skim Saham Waqaf PMRAM sepanjang berlangsungnya IRHAM '11

Meriah: Mahasiswa dari Selangor, Shahrul Akhbar membeli Saham Waqaf PMRAM. Kaunter Saham Waqaf PMRAM mendapat sambutan yang hangat ketika program berlangsung.

Mahasiswa yang hadir pada Majlis Penutup IRHAM '11

Pelancaran Banting Skim Saham Waqaf PMRAM

Wednesday, August 24, 2011

Gerai Dana Syaqah di IRHAM 11

Temui kami di IRHAM'11..Pelbagai Kuih-muih lazat menanti anda..Mari beramai-ramai mengunjungi gerai jualan dana syaqah...Membeli sambil menderma...
               
           

Kuih Cucur Badak UDS

                                                                   Kuih Keria UDS

                                                                    Popia Sayur UDS

Kuih Donat Sambal UDS

Kuih Pau Sambal UDS





                                      "Hulurkan Sumbangan Tunaikan Kewajipan"

                                                  

Monday, August 22, 2011

Saham Waqaf PMRAM:Kaunter Akan Dibuka Sepanjang IRHAM

KAHERAH,22 Ogos: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 terus optimis menggerakkab saham waqaf PMRAM di seluruh Mesir dalam usaha untuk menjayakan misi Dana Syaqah PMRAM.

Sehubungan dengan itu,kaunter saham waqaf PMRAM akan dibuka hari ini di Dataran Haiyyu Asyir bersempena program IRHAM yang akan diadakan sehingga 26 Ogos yang akan datang.

Baru-baru ini,kaunter jualan saham waqaf PMRAM yang telah dibuka pada program Iftor Mahabbah BKAN 4 negeri mendapat sambutan hangat daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi apabila lebih daripada 40 saham telah terjual.

"PMRAM mengharapkan agar setiap ahli memanfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan yang masih berbaki beberapa hari ini untuk membeli saham waqaf PMRAM sebagai tanda sokongan dan dokongan terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah berbakti sekian lama",ujar saudara Syeikh Mujahid bin sikh Nawawi,Naib Presiden III,merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi di pejabat PMRAM.

"Kerjasama dari seluruh peringkat BKAN dan DPM amat diperlukan untuk terus menghidupkan suasana dan momentum saham waqaf PMRAM demi memastikan gerak kerja yang kita lakukan akan berjaya",ujar beliau lagi.


sumber : http://www.pmram.org





Penerangan Saham Waqaf Bersama Perubatan Cawangan Mansurah


21 ogos 2011,bertempat di Markaz Perubatan Cawangan Mansurah (PCM),Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM telah turun memberi penerangan awal kepada ahli-ahli Perubatan Cawangan Mansurah.

Program yang diatur untuk mengingati dan menghayati sejarah yang berlaku ke atas Palestin itu dimulakan dengan penerangan berkenaan isu Palestin yang disampaikan oleh Ustaz Sheikh Mujahid bin Sheikh Nawawi yang merupakan Badan Pengurus Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.

Kemudian slot pengenalan berkaitan Skim Saham Waqaf PMRAM diselit sebelum berakhirnya penerangan berkenaan isu tersebut. Penyampaian disampaikan oleh pengarah UDS sendiri, Ustaz Muhammad Sufi Mohd Yusof.

Antara agenda pengenalan tersebut adalah lebih berfokus kepada tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli perubatan dalam mengamalkan amalan berwaqaf dengan menyertai Skim Saham Waqaf PMRAM.

Secara tidak langsung, ganjaran pahala yang disalurkan bukan hanya tertumpu kepada diri sendiri malahan boleh disalurkan bagi pihak ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Moga-moga dengan keterlibatan ahli-ahli perubatan Mansurah dalam membeli waqaf ini dapat membantu mempercepat proses mendapatkan syaqah PMRAM seterusnya menjamin ukhuwah yang terbina antara perubatan dan pengajian islam.

Untuk teknikal pembelian saham dengan lebih teratur bolehlah merujuk kepada mas’ul dan mas’ulah cawangan Mansurah yang dilantik :

Syaqiq  B Ibrahim
0116746451
Nurul Farhana Bt Md Ghazali
0113752814 

Atau menghubungi terus Pengarah dan Timbalan pengarah UDS PMRAM:

Muhammad Sufi B. Mohd Yusof
014-6797145
Norsyafawatie Bte Sini
011-8769468




                 

Ustaz Sheikh Mujahid memberikan pengisian berkenaan Palestin




Ustaz Muhammad Sufi memberikan penerangan berkaitan saham Waqaf PMRAM


Kalam Pengarah Unit Dana Syaqah PMRAM 2011


Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah kerana masih menghidupkan kita di muka bumi ini untuk meneruskan kehidupan sebagai pembantu agama-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih yang dicintai Nabi Muhammad s.a.w.
Serta ribuan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang sentiasa mendidik dan mentarbiah diri dari kecil hingga ke saat ini.

Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) adalah satu unit yang ditubuhkan khusus untuk membantu pergerakan PMRAM untuk mendapatkan bangunan rasmi. Bangunan yang diharap-harapkan itu sebagai pengganti kepada hilangnya hak penggunaan PMRAM ke atas Asrama Rumah Melayu Abasiyah (ARMA).

Walaupun PMRAM mampu untuk menyewa pejabat sebagai tempat untuk menjalankan operasi sehingga kini, namun kos yang semakin lama semakin meninggi itu merugikan PMRAM sehingga mencapai kadar harga bulanan sebanyak LE 3050. Justeru, cadangan mewujudkan Unit Dana Syaqah bertepatan bagi menjimatkan dana PMRAM seterusnya boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain.

Unit yang telah menjangkau 5 tahun penubuhannya ini secara sedar tidak sedar telah mampu untuk mengumpul sebanyak LE 404,451.10

Walaupun jumlah tersebut sememangnya tersasar dari matlamat yang ingin dicapai dari satu pimpinan ke pimpinan yang lain, namun pergerakan untuk meneruskan Unit ini sememangnya perlu dan wajib diteruskan selagi belum wujudnya apartmen yang diimpi-impikan.

Oleh yang demikian, untuk meneruskan tanggungjawab yang dipundakkan ke atas bahu ini selaku pengarah bagi sesi yang baru, maka kami mensasarkan nilaian bagi sesi ini sehingga mencapai pengumpulan sebanyak LE 700,000,00

Jika ingin dilihat peratusan kenaikan per-tahun, sememangnya jumlah tersebut tidak masuk akal jika ingin diperbahas. Namun, dengan keyakinan dan pengharapan yang tinggi kepada Allah, kami yakin bahawa kami mampu untuk mengubah arus dan corak yang sedia ada. Ditambah dengan komitmen seluruh ahli untuk berusaha secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi mendapatkan dana tersebut.

Untuk itu juga, pada sesi ini, setelah diperbincang bersama AJK induk UDS kami telah bersetuju untuk melaksanakan satu skim baru yang dinamakan Skim Saham Waqaf PMRAM 2011.Apa yang menjadi harapan adalah dengan skim yang bakal diadakan itu mempercepatkan lagi proses mendapatkan syaqah tersebut.

Moga-moga dengan sedikit usaha yang kami jalankan disertakan dengan komitmen ahli-ahli dalam membantu Unit Dana Syaqah PMRAM mendapat keberkatan dan keredhoan daripada Allah seterusnya impian apartmen yang diimpi-impikan itu akan menjadi kenyataan,InsyaAllah.


Muhammad Sufi Mohd Yusof
Pengarah
Unit Dana Syaqah PMRAM 2011.

Saturday, August 20, 2011

Nilaian Terkini Saham Waqaf PMRAM



Sehingga ke hari ini, 20 ogos 2011, Saham Waqaf PMRAM yang bakal dilancarkan telah mendapat sambutan hangat daripada BKAN dan DPM.

Walaupun pelancaran belum dilaksanakan lagi, namun semua mas’ul dan mas’ulah yang telah dilantik telah memainkan peranan dalam menggerakkan saham waqaf ini, ditambah lagi dengan komitmen seluruh ahli dalam membantu Misi Dana Syaqah PMRAM.

Kepada yang masih belum mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan Skim Saham Waqaf PMRAM,bolehlah merujuk kepada mas’ul dan mas’ulah cawangan yang dilantik.

Segala kerjasama dan sumbangan kalian amat kami hargai.

Berikut merupakan nilaian kutipan terkini skim saham waqaf pmram :


BKAN :

                                    Selangor             -        151

                             Perak                   -        16

                             Melaka                -        9

                             Johor                  -        10

                             Terengganu      -        56

                             Pahang               -        9

                             Kuala lumpur    -        4

                             Kedah                 -        16

                             Pulau pinang    -        10

                             Kelantan            -        35

                             Perlis                  -        2      


DPM :
                             Mansurah          -        20

                             Tanta                  -        10

                             Dumyat               -        13

                             Damanhur          -        1

                             Shoubra             -        10

                             Zagazig               -        30

                             Shibin el kom    -        1

                             Iskandariah       -        25








Sunday, August 14, 2011

Saham Waqaf PMRAM: Dapatkan di Iftor Mahabbah Esok.


Kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di Mesir,esok, bersamaan hari isnin 15 ogos 2011, jangan lupa untuk mendapatkan Saham Waqaf PMRAM yang akan dibuka di Iftor Mahabbah 2011 anjuran 4 BKAN iaitu Bkan Melaka, Selangor, Pahang dan juga Terengganu.

Diharap kepada semua jangan melepaskan peluang yang besar nilainya ini...bagi mereka yang membeli 4 saham dan ke atas, sijil istimewa saham waqaf PMRAM akan diberikan. Satu saham bernilai LE50 sahaja.

Moga-moga kesempatan Ramadhan ini akan memberikan kita peluang untuk melakukan jihad harta.

Jumpa anda di Iftor Mahabbah esok.. Hulurkan sumbangan , Tunaikan kewajipan!

Friday, August 12, 2011

Skim Saham Waqaf PMRAM

Skim Saham Waqaf PMRAM adalah alternatif kedua yang dilaksanakan selepas Skim Yuran UDS PMRAM. Skim Yuran UDS yang mana telah mewajibkan setiap ahli membayar LE 300 setiap seorang bagi mencapai sasaran sebanyak LE 1.5 juta.Namun,setelah berakhirnya skim yuran tersebut pada penghujung 2009, maka tiada lagi jalan sumbangan khusus bagi Unit Dana Syaqah PMRAM.Oleh yang demikian,Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM telah memikirkan inisiatif  dan merangka satu projek baru iaitu melancarkan Skim Saham Waqaf PMRAM dan mengecilkan jumlah sasaran daripada LE 1.5 juta kepada LE 700,000 pada sesi ini.Namun begitu,Skim Yuran Dana Syaqah yang telah tamat tempoh tersebut, masih boleh dilunaskan pembayarannya bagi sesiapa yang masih belum melunaskannya.

Fungsi Skim Saham Waqaf adalah untuk mengumpul dana dan menghidupkan amalam waqaf dalam kalangan ahli.Unit Dana Syaqah telah membuka sebanyak 2500 saham dengan kadar LE 50 setiap satu dan setiap pembelian 4 saham atau LE 200 ke atas akan diberikan syahadah dari Unit Dana Syaqah PMRAM.Pembelian saham adalah tidak terhad mengikut kemampuan masing-masing.

Bagi individu yang ingin membeli saham,boleh berhubung dengan wakil jualan yang dilantik rasmi dari Unit Dana Syaqah PMRAM di setiap BKAN dan DPM.Selain itu,pembeli juga boleh menjadi wakil kepada mereka yang telah meninggal dunia dengan membeli saham waqaf ini supaya menjadi amalan waqaf untuk mereka.

Mudah-mudahan,Allah S.W.T akan mempermudah segala gerak kerja yang telah dirancang ini dan pelaksanaan dan manfaat yang bakal terhasil nanti dapat sama-sama kita kecapi.


Hulurkan Sumbangan,Tunaikan Kewajipan



Wednesday, August 10, 2011

Wakil Pengedar Skim Saham Waqaf PMRAM


WAKIL PENGEDAR SKIM SAHAM WAQAF PMRAM DISETIAP BAKAN DAN DPM


MELAKA
Badrul Amin b Ashaari
0112996110
Nurul Ain bt Muhd Zaid
0146239583

SELANGOR 
Muhamad Bazli b Badaruddin
0116391149
Siti Nurhayati bt Abd Rahman
0111239543

PERAK
Mohd Sufi b Haniffah
0115459049
Siti Fasihatul Zahariah bt Salleh
0144205691

 JOHOR
Firdaus b Abdullah
0148131261

TERENGGANU
Ahmad Waliuddin b Johari
0143049654
Rabiatul Adawiah bt Yakari
0119866349

PAHANG
Muhd Salman Al Farisi
0143398011
 Afifah Hassan
0116463340

KUALA LUMPUR
Aizat Arif b Jamalullail
0148477262
Nurul Farhana bt Hasan
0117969841

KEDAH 
  Ibrahim b Mat
0113413258
 Intan Nabihah bt Syhaimi
0113987039

PULAU PINANG
Mohd Basri b Raimi
0112396856
Yusmira Aida Johari
01528558148

KELANTAN
Mohd Hilmi b Mohd Yusoff
0117633542
Fauziah bt Salleh
0142865079

PERLIS
Mohd Rifqi b Mat Jakak
0146674233
Mardhiah bt Ramli
0117386063

TANTA
Mohd Kashirum b Zakaria
0143349959

 DUMYAT
Masri b Mohd Rosdi
0147885673

DAMANHUR
Ahmad Muzakkir Ahlami b Abdul Aziz
 0112066212

SYOUBRA
Mohd Taisir b Mohd Husin
0148745807

MANSURAH
Syaqiq b Ibrahim
0116746451
Nurul farhana bt Md Ghazali
0113752814

ZAQAZIQ
Anas Zharif b Harun
0116748167

SHIBIN EL KOM
Mohd Faizal b Ishak
0142990548

ISKANDARIAH
Syakirah bt Muslim
0147740527







Video Promo Skim Saham Waqaf PMRAM

 


     Video promo Skim Saham Waqaf PMRAM adalah untuk memberi gambaran awal atau penerangan awal tentang skim saham waqaf sebelum dilancarkan tidak lama lagi.

    Skim Saham PMRAM telah mendapat sambutan yang baik disesetengah BAKAN dan DPM selepas diedarkan borang skim saham waqaf kepada wakil rasmi jualan skim saham waqaf dari setiap BAKAN dan DPM.

     Unit Dana Syaqah PMRAM amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan projek Skim Saham Waqaf PMRAM.Semoga usaha ini akan diberi pertolongan dan diberkati oleh Allah s.w.t.


Tuesday, August 09, 2011



Jumlah Kutipan Terkini bagi Unit Dana Syaqah Pmram adalah sebanyak LE 4044457.1.

Jumlah ini diumumkan oleh Hewi Pmram Unit Kebajikan dan Kemanusiaan iaitu Saudari Norhashimah bte Majid.

Bagi tahun 2011 ini, Pihak Dana Syaqah Pmram mensasarkan kutipan sebanyak LE 300 ribu atau lebih bagi merealisasikan Misi pembelian  Dana Syaqah Pmram yg tertangguh sejak tahun 2006  

Seluruh Ahlijawatankuasa Unit Dana Syaqah Pmram mengharapkan kerjasama dari BKAN

 dan DPM dalam membantu kami melicinkan lagi gerak kerja ini


Jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,juga 

kepada penyumbang dalam dan luar mesir serta ahli dan bukan ahli PMRAM diatas huluran 

ikhlas yang bertaut hubbu fillah.

Semoga dengan sumbangan kalian mendapat ganjaran disisi ALLAH bersesuaian dengan ayat

 suci Al-Quran yang bermaksud...


" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiraami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (juga memadai). Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan."(Surah Al-Baqarah ayat 265)

Friday, August 05, 2011

Salam Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t,Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.Unit Dana Syaqah PMRAM mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli PMRAM di Mesir dan seluruh umat islam di Malaysia.

Semoga dengan berkat kedatangan bulan ini dapat memberi kekuatan untuk adakan lonjakan perubahan yang baik dalam diri kita.Manfaatkan bulan ini dengan sebaiknya kerana belum tentu kita akan bertemu dangan Ramadhan yang akan datang.Semoga kita sama-sama dapat tingkatkan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah,salah satunya adalah bersedekah.

Baginda Rasul menamakan bulan ini dengan Syahrul musawwah atau bulan prihatin.iaitu keperihatinan kita kepada yang memerlukan.Berlumba-lumbalah dalam membuat amalan yang diredhoi Allah supaya amalan yang dibuat dapat memberikan kebaikan kepada diri kita mahupun diri orang lain.

Salam Ramadhan Kareem dari Unit Dana Syaqah PMRAM.

Tuesday, August 02, 2011

Program Miftah PMRAM



KAHERAH 28 Julai (Khamis):Telah diadakan Program Miftah PMRAM di Rumah Kelantan Baru dibawah Unit Pengetahuan & Pendidikan Hewi PMRAM (UPAP) dan Badan Pengetahuan & Penyelidikan PMRAM (BPAP).Program ini diadakan adalah sempena sambutan bulan Ramadhan yang bakal tiba.Dalam pada masa yang sama,turut diedarkan risalah Skim Saham Waqaf bagi penjelasan awal iaitu projek baru Dana Syaqah yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Di dalam program yang bermula selepas maghrib dan berakhir selepas Qiamullail itu,Unit Dana Syaqah PMRAM telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak LE422.00 dan RM 10.00.Unit Dana Syaqah PMRAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang.

Followers