Friday, September 23, 2011

Gerai Dana Syaqah Sempena MASCUP'11



Cara terbaik Untuk membeli sambil menderma.Anda semua dijemput hadir beramai-ramai untuk datang mengunjungi gerai Dana Syaqah PMRAM yang akan dibuka sempena "MASCUP'11".

Pelbagai menu menarik menanti anda,antaranya:
1)Mee goreng special
2)Mehun goreng
3)Nasi lemak
4)Roti sosej
5)Tepung pelita
6)Cucur sayur
7)Pisang goreng
8)kacang

Jangan lepaskan peluang ini.




"Hulurkan Sumbangan Tunaikan Kewajipan"


Friday, September 09, 2011

Galakan Melaksanakan Ibadah Waqaf Dalam Islam

Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan amalan yang dapat memberi manfaat kepada ummah.Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya untuk berwaqaf.

Waqaf merupakan sebahagian daripada kegiatan menginfakkan harta yang hampir sama fungsinya dengan zakat dan sedekah. Namun zakat yang lebih menjurus kepada perkara rukun yang wajib dilaksanakan manakala sedekah adalah amalan sunat, waqaf pula lebih terjurus kepada pelengkap kedua-dua perkara tersebut. Harta waqaf bersifat produktif iaitu kekal, lalu ia boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa hadapan.

Firman Allah taala:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji, Allah melipat gandakan (pahala) bagi setiap yang Dia kehendaki dan Allah Maha luas (kurniaannnya) lagi maha mengetahui.

Berdasarkan ayat diatas, kita dapati bahawa, amalan berwakaf adalah sebahagian daripada amalan yang sangat digalakkan syariat.

Keistimewaan amalan waqaf :

1. Harta waqaf menjadi milik Allah taala secara majazi dan masyarakat dapat menggunakannya.
Harta yang pada asalnya adalah milik individu telah bertukar menjadi milik umum. Pewakaf hanya menjadi pengurus kepada harta waqaf.

2. Wakaf adalah sedekah yang berterusan.

Daripada Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati anak adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” hadith riwayat Muslim.

3. Sebagai menyahut seruan untuk menginfakkan harta ke jalan Allah.

4. Penerima dapat memanfaatkan faedah harta waqaf secara berterusan.

5. Penggunaan harta waqaf adalah untuk kebajikan dan perkara-perkara yang diharuskan syara’
Oleh itu, waqaf tidak ditentukan golongan yang mendapat manfaatnya. Memadai dengan menyebut “saya waqafkan harta ini kerana Allah taala” bagi membolehkan pengembangan harta waqaf kepada pelbagai bentuk moden selagimana menepati tujuan waqaf.

Oleh yang demikian, bertepatan dengan pelaksanaan skim saham waqaf PMRAM yang baru dilancarkan ini, maka telah terbuka ruang dan peluang kita semua dalam melaksanakan amalan waqaf ini.

Ayuh, kita laksanakan amalan ini bersama-sama, supaya kita dapat menambah baik ibadah kita dalam kehidupan seharian, menjadikan amalan kita sentiasa berterusan di samping membantu melaksanakan cita-cita persatuan yang kita cintai. Wallahu a’lam.

"Hulurkan Sumbangan, Tunaikan Kewajiban"

Followers