Tuesday, August 21, 2012












::HAKCIPTA TERPELIHARA. JANGAN DI COPY::

Harga untuk SEUNIT:
1.KAD RAYA: LE 2.00
2.BOOKMARK RAYA : LE 1.50

=Tempahan kali PERTAMA sehingga 25 OGOS 2012.
Akan diedarkan pada: program Haflah Hati PMRAM 2012 (HATI ’12).
Tarikh: 27 OGOS 2012.
Tempat: Hayyu 10, (di hadapan Imarah Selangor).

=tempahan kali KEDUA bermula 28 OGOS 2012 hingga 31OGOS 2012.
(atas perbincangan).


BOOKMARK RAYA 2012






Monday, August 20, 2012

Tempahan Kad Raya Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2012



KAD RAYA UNIT DANA SYAQAH (UDS) PMRAM 2012
Kad yang Menggamit Hati & Perasaan Anda!!!
Edisi Terhad!! Dapatkan Kesemuanya!!
9 design card yang menarik lagi bermakna.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!!!
Dengan Tema: MALAYS SOULFUL CARD
Design by: UNIXdesign

Untuk tempahan:
Ikhwah: USTAZ JURJANI: 0114-5835140
Akawat: USTAZAH HAZWANI: 0114-6874620

Tempahan dibuka sehingga: 25 OGOS 2012.

Untuk melihat full size kad raya
layari website DANA SYAQAH PMRAM
juga terdapat Bookmark AIDILFITRI 2012

Disediakan Oleh: Unit Publisiti Dana Syaqah PMRAM 2012.

Wednesday, August 08, 2012

MADRASAH RAMADHAN PEMBINA JATI DIRI





                                                                                                                   20 Ramadhan.
                                                                                                                   10.30 pm.
                                                                                                                   Teratak ramadhan.


Bismillahirahmanirrahim, kalam pembuka kata tintaku, tidakku terlewat untukku bicara tentang sinarnya ramdhan itu, lantas tarbiyah itu seiring dengan yang patut dikatakan MADRASAH RAMADHAN PEMBINA JATI DIRI. Sesungguhnya ramadhan itu merupakan sekolah atau madrasah yang mendidik jiwa-jiwa, memandunya mentaati Allah dan menjadikan diri suka beribadah. Ingatnku pada sabda nabi S.A.W: " Ramadhan itu, awalnya rahmat, ditengah-tengahnya, keampunan dan diakhirnya, pelepasan daripada neraka". Namun bagaimanakah cara kita manfaatkan madrasah ramdhan ini dan apa yang perlu kita penuhi dalam melestarikan lagi disetiap fasa yang diungkapkan dalam hadis itu tadi.

Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah,
Yang pertamanya:madrasah alquran.
kita mulai membaca alquran dari safhah yang pertama, dituruti dengan turutan juzu yang pertama hingga ke tiga puluh. Perlu diingatkan pada para pentartil dan pentadabbur al quran, janganlah kamu merasa letih lantas boleh menghilangkan keihklasanmu dalam membacanya. Perlunya penghayatan dan ketenangan hati agar roh alquran itu menyusup masuk ke dalam hati-hatimu agar ia memberi ketajaman akal untukmu memahami setiap kisah dan cerita dari setiap kalimah-kalimahnya. sebagai contoh; kita mulai membaca surah albaqarah, munasabah ayat antara dua surah; yakni surah Al-Fatehah dan surah Al-Baqarah, kaitan antaranya surah Al fatehah didalamya penuh dengan hukum-hukum ketuhanan, ibadah, tuntutan hidayah menuju jalan yang lurus secara ijmali. maka didatangkan pula surah al baqarah; menerangkan lagi maqasid-maqasid syariah Allah, serta menerangkan lagi keseluruhan surah Al-fatehah.  intipatinya pula  berkisar tentang iman dan yakin kepada Allah, selain itu juga dikisahkan tentang nabi adam, bani israel dengan kejumudan hati serta keingkaran mereka,   tentang sifat-sifat orang beriman  dan orang-orang munafik,hukum-hukum ibadah, serta jihad di jalan Allah.





...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,

 Nilai terapan yang dibawa dalam alquran sebagai contoh dalam surah al-asr, dingatkan kita dengan pentingnya masa, maka sewajarnya kita dalam melaksanakan gerak kerja itu bermula dari peringkat awal. Lantas   beriman kepada Allah dan keyakinan pada diri untuk berpesan-pesan dalam membuat perkara -perkara kebaikan, serta berkata yang haq , sabar dalam setiap dugaan dan rintangan yang mendatang. Haruslah di ingatkan juga, pertalian persaudaraan antara kalian haruslah kuat agar kerja-kerja dakwah dapat direalisasikan. Jadilah pejuang agama Allah  yang ikhlas kerana Allah dan hilangkanlah sifat-sifat munafik dari dalam diri. Sentiasalah berdoa kepada Allah dan berterusan dalam taubat kerana ALLAH sangat suka kepada hambanya yang selalu bertaubat, merintih meminta maghrifah dariNYA.






Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah 

Yang keduanya:madrasah sedekah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sebaik2-baik sedekah adalah sedekah dalam bulan ramdhan."(diriwayatkan oleh Al- Imam Al-Tarmizi). Sedekah adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia ,yang dapat mendekatkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Sedekah yang terbaik adalah sedekah yang berterusan, samada dalam bentuk bantuan kewangan atau contoh lain, mencari jalan menyelesaikan masalah sahabat (sedekah tenaga dan buah fikiran).




...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,
   
Sebagai contoh; jika  kita merasa kita ada tanggunggjawab untuk sama-sama merealisasikan dalam menjayakan misi Dana Syaqah PMRAM. Galakkan yang perlu dipupuk pada  ahli pmram khususnya bersedekah samada dalam bentuk sumbangan tenaga, buah fikiran atau kewangan. Maka apalah kiranya, kita rengang-regangkan tangan  sedia  menyumbang ke dalam tabung Dana Syaqah. Sedia memberi kefahaman kepada ahli pmram khususnya tentang kepentingan misi ini dalam membeli pejabat pmram sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang telah ditanggung (sewa pejabat yang semakin meningkat). Alangkah bagusnya jika duit sewa itu dapat digunakan untuk menjalankan program-program tarbiyah pmram khususnya.


Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah 

Yang ketiganya:madrasah doa.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan tuhan kamu berfirman .Berdoalah kamu kepadaku, nescaya aku perkenankan doa permohonanmu.
(surah ghafir: ayat 60).
Sudi-sudikanlah diri kita ini untuk lebih bersungguh  berdoa, perbanyakkan doa di bulan ramdhan, bulan berkat,bulan rahmat, bulan maghfirah. Berdoa di bulan ini sangat memberi kesan pada hati kerana hati lebih terasa dekat dengan Allah, selagi mana hati-hati kita ini tidak tercuit dengan bisikan syaitan laknatullah yang terbelenggu. Sesungguhnya rahmat allah itu sangat dekat dengan hati- hati orang mukmin.





...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,

Sudah menjadi lumrah orang yang berjuang di jalan Allah, perlu membina kekuatan rohani juga spiritual yang tinggi. Perlu  perbanyakkan ibadah dan mengurangkan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti menonton drama atau mendengar sesuatu yang tidak berfaedah kerana ianya hanya akan mengurangkan pahala puasa kita. Menyempurnakan  setiap ibadah dengan khusyuk dan ikhlas, agar segala yang dilakukan tidak sia-sia dan moga menatijahkan  makbul segala doa yang dipohonkan. Lantas itu memberi jalan lapang dan lancar kita dalam jalan dakwah ini, juga apa sahaja program atau amal islami kita mencapai keberjayaan yang sempurna. Di samping itu juga, sentiasalah kita berdoa akan keselamatan dan kebebasan dari terbelenggunya umat islam yang dizalimi dari tangan- tangan pengkhianat agama Allah dan musuh agama Allah seperti umat islam di Burma, Syria dan plastien serta yang lain-lainnya.


Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah 

Yang keempat: madrasah qiam.
Disamping kita menunaikan ibadah-ibadah yang lain, solat fardhu berjemaah, solat tarawih yang disunnatkan , menjadikan kita umat yang cenderung kepada suka beribadah dan kelebihan-kelebihan yang terdapat padanya.  Kita digalakkan untuk berie'tikaf di masjid pada di sepuluh hari terawal dan terakhir bulan ramadhan sebagaimana yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah dengan apa yang telah dilakukan oleh nabi muhammad S.A.W. ketika sampainya ia bulan ramadhan. Laksanakanlah qiamulail pada setiap malam sebagai amalan mendidik diri kita untuk kita mengikat diri mengharapkan keredhaan dan keampunan darinya. Banyak kelebihan yang boleh kita dapati, menatijahkan kehidupan seharian kita lebih terjaga dan sempurna dan yang terbaik disisinya. Sabda Rasulullah s.a.w: "sesiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."



Wahai para tetamu ramdhan yang dirahmati Allah,

Yang kelima: madrasah sifat lembut.
Sabda nabi s.a.w: " puasa itu pelindung. jika seseorang itu berpuasa, dia tidak akan berkata sesuatu yang tidak elok, jika dia dicaci seseorang katakanlah: aku berpuasa."
Hadis ini mengalakkan kita bersikap lemah lembut dalam kita berakhlak, elakkan  diri dari bersikap kasar, juga menjaga tutur kata kita dari berkata-kata yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Bagaimana al quran itu dapat melembutkan hati saidina Omar ketika jahiliyahnya, lantas memeluk islam disebabkan mendengar ayat-ayat allah. antara contoh surah toha ,surah pelembut hati.





...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,
 
Galakan pada kita untuk saling hormat- menghormati di antara sesama kita serta bersikap adil pada yang lainnya. Menjaga pertuturan daripada menimbulkan sebarang syakwasangka dan menyakiti hati sahabat-sahabat kita. Mendidik diri dan hemah diri sebagai contoh yang baik terhadap mad'u kita. Mafhum dari kalam imam Hassan Al-banna: kita dekati , tautkan hati -hati para mad'u kita dengan pertamanya rasa kasih sayang.....
Jelaslah disini bahwa di dalam madrasah ramadhan, penuh dengan latihan dan sesi pentarbiyahan yang sememangnya tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Setiap madrasah boleh diaplikasikan dalam setiap fasa ramdhan yang akan kita tempuhi ,kerana disepanjang bulan ini, tiada amalan yang sia-sia melainkan semuanya dikira sebagai ibadah. Akhir kata, ayuh sahabat-sahabat kita laksanakan ibadah di bulan Ramdhan ini dengan bersungguh-sungguh. Moga ramadhan ini sangat memberi makna pada kita dan kita-kita sama-sama doakan moga ada ramadhan untuk kita pada tahun yang akan datang.




                                               RAMADHAN KARIM



Followers