Thursday, July 25, 2013

Tempahan Kad Raya Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2013


KAD RAYA UNIT DANA SYAQAH  (UDS) PMRAM 2013
Edisi Terhad! Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Dapatkan Kesemuanya!

Untuk tempahan:
(Ikhwah)
WAN MOHAMMAD SHAHRILNIZAM B. WAN MOHAMMAD RAHIM
(0111-9758634)

(Akhawat)
AINI KAMILAH BT ABD RAZAK
(0112-9687663)

disediakan oleh: Unit Publisiti Dana Syaqah PMRAM 2013

Friday, May 03, 2013

Kerana Malas Semua Terjejas



Tajuk: Kerana Malas Semua Terjejas
Oleh: Che Amiruddin bin Che Su
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit lemah dan  malas.” Pernahkah anda berdoa dengan doa ini? Doa ini adalah salah satu doa yang dimasukkan dalam kompilasi wirid MA’THURAT yang biasa kita baca di awal pagi dan tika matahari mula terbenam.  Kita memohon kepada Tuhan yang  menciptakan kita supaya dijauhkan daripada dua penyakit jiwa yang berbahaya  iaitu penyakit  lemah dan barah malas yang menghancurkan.
MALAS, satu penyakit yang mudah diungkap oleh mulut namun begitu susah dicabut keluar dari dasar hati seseorang yang bergelar insan. Kerana malas semua terjejas.  Anda malas beribadah, akibatnya dimurkai Allah. Anda malas bekerja, akibatnya hidup anda mungkin tidak tentu hala. Anda malas makan, akibatnya mati kelaparan, malas makan ubat jawabnya penyakit yang dialami tidak dapat dirawat. Begitulah bahayanya penyakit malas, membawa ‘pesakit’nya kepada kemunduran dan kehancuran.
Anda malas belajar, ilmu yang dicari tidak mampu dikecapi. Tanpa ilmu, hidup anda pasti sesat tanpa arah tuju. Hendakkan ilmu penuh di dada, bukan sekadar melafazkannya di mulut tanpa kesungguhan dan usaha. Lihat sahaja kesungguhan Imam Syafie Rahimahullah dalam menuntut ilmu, mencari para guru untuk mendalami pelbagai ilmu di setiap pelusuk dunia. Kini, beliau antara ulama besar sepanjang zaman yang mengukir nama dalam senarai ilmuan Islam.
Imam Bukhari Rahimahullah, pengumpul hadis Rasulullah S.A.W, begitu bersungguh mengembara ke setiap pelusuk dunia. Hasilnya, beliau berjaya mengumpul beratus ribu hadis daripada setiap perawi yang ditemuinya. Kalaulah beliau malas, maka kita tidak akan dapat menatap kitab Sahih Bukhari sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini.
Imam Al-Andalusi, sanggup berjalan kaki daripada bumi Andalusia ke Kota Baghdad semata-mata ingin menuntut ilmu dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Kesungguhan dan kesanggupan beliau meredah benua, menjadikan beliau seorang yang alim dalam ilmu agama. Kalau malas dijadikan alasan, maka hendak keluar daripada rumah pun jadi satu bebanan.
Ada satu kisah, seorang raja dalam sebuah negeri  ingin mencari orang yang paling malas di dalam negerinya. Lalu datanglah beberapa orang daripada rakyat baginda yang mengaku sebagai orang yang paling malas dalam negeri. Ada diantara mereka yang mengatakan bahawa merekalah yang paling malas kerana hendak makan pun ada orang yang tolong suapkan. Kerana apa?, kerana mereka malas nak suap makanan sendiri.
Datang pula rakyatnya yang lain yang mengatakan bahawa dialah rakyat negeri  itu yang paling malas. Katanya, beliau seorang yang sangat pemalas sehinggakan apabila beliau hendak makan, orang lain yang  tolong kunyahkan dan suapkan kepadanya. Tidak berapa lama kemudian, datang pula rakyat negeri  itu yang lain  mengaku sebagai rakyat yang paling malas dalam negeri  tersebut. Raja negeri  tersebut meminta rakyat tersebut menceritakan alasan beliau yang  mengatakan beliau seorang yang paling malas. Beliau pun menjawab  dengan  jawapan  yang  ringkas: “Nak cerita pun malas!”.
                Kisah  tersebut  hanyalah  sebuah  kisah  dongeng.  Mungkin  anda  tersenyum  sendirian  apabila membaca  kisah ini. Namun,  suatu perkara yang perlu anda ingat, sifat malas sebagaimana yang ingin dibawa daripada kisah ini bukan satu dongengan. Ia satu realiti dalam kehidupan makhluk yang bergelar insan.
                Saya masih ingat kata-kata seorang mahasiswa Al-Azhar  yang  saya kagumi kesungguhannya dalam menuntut ilmu. Beliau mengatakan bahawa “kita masih mampu meraikan jika seseorang itu tidak mempunyai kemampuan namun kita tidak boleh meraikan mereka  yang mempunyai sifat malas”. Benar kata-kata beliau, mereka  yang  tiada kemampuan namun jika terus berusaha pasti mencapai impiannya dan mendapat ganjaran daripada Tuhan. Bagi mereka yang pemalas pula, biar seribu kekuatan dimiliki empunya badan, namun  usaha  tersebut  pasti  terhenti  separuh  jalan  atau  menemui  kegagalan.
                Musim  peperiksaan  kini  menjelang  tiba.  Ketika ini ramai yang berusaha  sedaya  upaya  bagi menggenggam  sebuah  kejayaan.  Bagi  mereka  yang  mempunyai  kesungguhan  dalam  mencari  ilmu, mereka  berlumba-lumba  menuntut  ilmu  demi  kecemerlangan  dunia  dan  akhirat. Bagi  mereka  yang pemalas,  usaha  dibuat  sambil  lewa  sekadar  melepaskan  batuk  di  tangga.
                Lihatlah  di  mana  anda  berada.  Adakah  anda  tergolong  dalam golongan  yang  disifatkan  sebagai pemalas  ataupun  sebaliknya? .  Jika ya,  berubahlah  menjadi  seorang  yang  Itqan  dalam  semua perkara  termasuk  dalam  menuntut  ilmu  Allah. Yang pasti,  anda  adalah  seorang  yang  mempunyai sedikit  kerajinan  walaupun  sedikit. Buktinya, anda  mampu  membaca  coretan  ini. Kalau tidak,  tentu sahaja  anda  tidak ambil  kisah  dengan  coretan  atau  artikel  seperti  ini. Saya  doakan  semoga  kita bukan  sekadar  membacanya  bahkan  mengamalkannya  dalam  kehidupan  yang  mendatang  dengan penuh  kesungguhan  tanpa  sifat  malas. Kita  mampu  mengubahnya.


Thursday, February 28, 2013

KALAM PENGARAH UNIT DANA SYAQAH SESI 2012/2013


                                                                KALAM PENGARAH

Bismillahirahmanirrahim, pertama-tamanya marilah kita mengucapkan syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya ,dengan nikmat iman dan islam, segala puji bagi Allah yang mencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi, Allah yang Maha Besar, lagi Maha Agong, Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim.Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammmad S.A.W. khatimul anbiya, pemimpin umat, model insan kamil, penolong umat pemberi syafaat, rahmat sekalian alam.

Alhamdulillah saya Muhammad Sufi bin Haniffah  di taklifkan sebagai selaku pengarah pada sesi 0’12/0’13 bersamaan 1433/1434 H,bertepatan dengan tema PMRAM pada sesi kali ini ‘’ Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah’’, saya menyeru kepada semua ahli pmram supaya memberikan komitmen yang jitu, bersama-sama terus menyokong dan berganding bahu membantu serta menjayakan lagi usaha projek dana syaqah untuk kali ini khususnya bertujuan bagi mendapatkan pejabat PMRAM & dewan utama bagi melancarkan segala urusan PMRAM dalam merealisasikan segala program PMRAM yang akan dijalankan. 

Saya, sebagai selaku pangarah, yang dipertangungjawabkan untuk menyeliai operasi ini, dan sebagai penyambung mata rantai perjuangan dan matlamat saya yang sama , adalah bagi mendapatkan dan mengumpulkan lebih banyak lagi  yang diperlukan untuk membeli sebuah syaqah untuk kegunaaan pejabat PMRAM bagi melancarkan lagi pentadbiran dan melicinkan lagi gerak kerja yang telah sedia ada, seperti yang kenyataan telah diwar-warkan sebelum ini. Makluman semula, ekoran daripada itu juga, operasi dana syaqah masih digiatkan lagi,berterusan dari semasa ke semasa menyambung kembali usaha-usaha pengerak- pengerak operasi projek dana syaqah yang telah bermula semenjak dari tahun 2006 sehingga kini. Sasaran anggaran capaian untuk sesi kali ini adalah sebanyak nilaian 100000 le perlu di sediakan.  Dengan itu saya amat-amat  mengharapkan kerjasama dari semua pihak yang tanpa segan silu untuk menyumbang  apa sahaja bentuk sumbangan berupa wang atau bantuan tenaga kerja. Hasil usaha yang dijalankan masih lagi dalam penambahbaikkan , dan semoga segala gerak kerja yang dilakukan akan dipermudahkan dan diberkati Allah. Saya juga berbesar hati menyatakankan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, kepada Badan Pengurus Pmram Naib presiden III Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Ustaz Ahmad Huzaifah bin Fauzi dan tidak lupa kepada Hewi Pmram Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Ustazah Nurlida Binti Kelima  sebagai penasihat dan turut sama-sama membantu dalam menguruskan gerak kerja unit dana syaqah. Turut diingati dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua barisan adhoc pelaksana dan ajk yang setia membantu bila-bila masa yang diperlukan,hasil  injeksi semangat berpasukan dan ikhlas serta sifat jujur dalam tangungjawab yang diberikan ,pencetus kepada keberjayaan operasi projek dana syaqah. Sepenghargaan dan  perlu di ingatkan di sini, kita bekerja atas tangunggjawab mengizzahkan islam dan perjuangan islam itu sendiri. Semoga kalian terus thabat dalam membantu apa sahaja yang diperlukan oleh dana syaqah baik secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pengarah Unit Dana Syaqah Sesi 012/013

                                     

Monday, February 11, 2013

UNIT DANA SYAQAH DI KEJOHANAN PIALA MALAYSIA 2013


Unit Dana Syaqah PMRAM @ Kejohanan PIALA MALAYSIA 2013
Tajammuk Awwal
10 - 12 Februari 2013

MENU JUALAN UDS 2012
- Nasi Ayam . . . . . . . . . . . . . . . . . . LE9
- Sosej . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  LE2
- Dana Syaqah Fried Chicken . . . LE7
- Daging Burger . . . . . . . . . . . . . . . LE3.50

TEMUI KAMI DI SANA!!

Disediakan oleh: Unit Promosi Dana Syaqah PMRAM 2012

Sunday, February 10, 2013

Unit Dana Syaqah PMRAM 2013 @ HUMAIRA' 2013



Unit Dana Syaqah PMRAM 2013 @ HUMAIRA' 2013
Rumah Selangor | Nadi Syabab Musallas
10 & 11 Februari 2013

MENU JUALAN UDS 2013
- Nasi Lemak + Telur  :  LE6.00
- Maggie                     :  LE5.50
- Pau Sambal (3 biji)   :  LE3.00
- Samosa (3 biji)         :  LE3.00

TEMUI KAMI DI SANA!!

Disediakan oleh: Unit Promosi Dana Syaqah PMRAM 2013

Sunday, February 03, 2013

Unit Dana Syaqah PMRAM 2013 @ FIESTA "13 DPM MANSURAH




Unit Dana Syaqah PMRAM 2013 @ FIESTA "13 DPM MANSURAH
Dewan Persada Jazirah Al-Ward
3,4 & 5 FEBRUARI 2013

#MENU JUALAN UDS 2013:
1.Sosej Combo LE4
2.Puding Jagung (3) LE2.50
3.Bingka Carrot (3) LE3.00
4.Nasi Berlauk Special LE7.50
5.Mushroom Soup with Garlic Bread LE5


#PAMERAN UNIT DANA SYAQAH:
-Pamplet UDS
-Banting UDS
-Direktori UDS
-Senarai nama pengarah Unit Dana Syaqah PMRAM dari awal penubuhan hingga kini
-Carta Saham Wakaf dan Dana kemasukan Dana Syaqah
-Tayangan video UDS
-Jualan produk UDS 2012 – bookmark UDS ‘12

Temui Kami di Sana!!!
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN



Saturday, January 26, 2013

KEPIMPINAN


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIMPIN?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin (penjaga) dan kamu bertanggungjawab kepada pimpinan kamu (rakyat atau orang di bawah jagaannya), Imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, perempuan adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah pemimpin harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya dan setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”.
Bukhari dan Muslim

Siapakah Pemimpin?
Pemimpin adalah personaliti atau individu yang diberi tanggungjawab serta diamanahkan untuk memimpin kelompok  individu, kumpulan, organisasi, negara ataupun sesuatu unit sosial (keluarga). Pemimpin juga boleh dilihat dari berbagai perspektif seperti pemimpin politik, pentadbiran, korporat, komuniti, agama dan sebagainya  Wujud perbezaan pendapat samada pemimpin dibentuk atau dilahirkan. Ciri-ciri pemimpin adalah meliputi sifat-sifat personaliti, gaya kepimpinannya, keadaan atau bentuk pekerjaannya, dan keperluan pengikut-pengikutnya
[4] .

KEPIMPINAN PERSPEKTIF ISLAM
Fungsi utama kepimpinan dalam Islam ialah melaksanakan syariat Allah s.a.w. Islam mengakui kepentingan pemimpin kepada masyarakat dan dalam hubungan ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka hendaklah mereka melantik seorang daripada mereka sebagai ketua (amir)”
Abu Hurairah

Perlantikan pemimpin atau ketua dalam masyarakat Islam adalah wajib hukumnya. Menurut Ibn Taymiyyah. “Kepimpinan adalah sebesar-besar kewajipan dalam Islam”. Konsep kepimpinan dalam Islam adalah merujuk kepada sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab menjaga orang lain.

Al-Farabi juga telah mengemukakan dua belas sifat atau tingkahlaku yang mesti dimiliki oleh pemimpin Islam untuk mencapai kesempurnaan kepimpinan menurut perspektif Islam.

i) Sempurna tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

ii) Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.

iii) Baik hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang dia telah faham, lihat, dengan atau dapat. Dia juga bukanlah orang yang pelupa.

iv) Bijaksana dan cerdik bila mendengar sesuatu. Hanya dengan reaksi sahaja dia boleh memahami sesuatu perkara.

v) Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu ibarat.

vi) Sangat suka atau berminat dengan ilmu pengetahuan. Senang menerima ilmu, tidak merasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

vii) Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal tentang makan minum dan hubungan kelamin dan menjauhkan diri daripada permainan yang hanya untuk bersukaan.

viii) Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang yang bersifat kebenaran. Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.

ix) Memiliki jika yang besar serta berhemah tinggi hingga dapat mengatasi perkara-perkara yang rendah dan remeh temeh.

x) Tidak berminat untuk mengumpul wang ringgit dan bentuk-bentuk kekayaan dunia yang lain.

xi) Bersikap prokeadilan dan anti kezaliman serta penindasan. Tidak mudah oleh perkara-perkara yang buruk sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

xii) Mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak lemah semangat.


Oleh: Ustaz Saifullah | Unit Ekonomi I Dana Syaqah PMRAM 2013

Followers