Thursday, March 18, 2010

Road Show Bertemu Anak Mami



16 Feb - Destinasi ke-10 Road Show Dana Syaqah ialah di Pulau Mutiara, BKAN Pulau Pinang. Road Show ini, dihadiri oleh 3 tenaga penting di dalam menjayakan Misi Syaqah PMRAM iaitu Naib Pres III (Saudara Zuhaili Saiman), Pengarah Unit Dana Syaqah (Saudara Khairul Amri) dan Krew Unit Dana Syaqah (Saudara Bazli PMC).

Seperti biasa, Road Show ini menayangkan dokumentari selama 13 minit bagi penerangan ringkas. Dan beberapa penekanan yang diberikan :

1- Kos sewa bulanan pejabat yang melampau tinggi.
2- Misi Syaqah PMRAM merupakan ekoran PMRAM dikeluarkan dari ARMA pada 1992.
3- ARMA hak kita dan jasa mahasiswa/wi terdahulu.

Warga tempatan Mesir turut tertarik dengan t-shirt Dana Syaqah... Malah turut membelinya...


Monday, March 15, 2010

Mari Menyumbang - Road Show Dana Syaqah Di Iskandariah


14 Mac, Ahad - Road Show Dana Syaqah kini bertapak di Iskandariah. DPM Iskandariah merupakan destinasi yang ke-10 bagi Road Show tersebut. Road Show itu dijalankan di markaz sekitar jam 2 petang, dan merupakan satu pogram bersama pogram Ramah Mesra bersama kepimpinan BP dan HEWI PMRAM.

Apa yang menarik, pihak DPM Iskandariah sempat menyediakan satu replika berbentuk sebuah bangunan yang menggambarkan apartmen PMRAM. Ia merupakan tabung dana syaqah yang dirasmikan di peringkat DPM Iskandariah.

Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz melancarkan gimik perasmian dengan memasukkan wang ke dalam tabung dan membuka pintu replika bangunan.





Di samping itu, beberapa pimpinan BP yang lain sempat menunjukkan kempen menderma di dalam menjayakan Misi Syaqah PMRAM.






Mari sama-sama memeriahkan gerai DANA SYAQAH


STRAWBERY BLACK CHOCLATE ( LE 3 )

SOSEJ COMBO ( LE 3.50 )


NASI SRI MAKHOTA AYAM ( LE 7 )


NASI SRI MAKHOTA DAGING ( LE 7 )
Marilah sama-sama merasa pelbagai menu di gerai dana syaqah di BAZARIA MUTIARA di rumah PENANG pada 14-16 MAC 2010. Antara menunya lagi adalah MEE BANDUNG ( LE 5.50 ). Sambil makan sambil menderma untuk sama-sama kita mendapatkan syaqah untuk persatuan yang kita sayangi. JOM PAKAT MAI RAMAI-RAMAI...



Friday, March 12, 2010

Road Show Dana Syaqah Di Shibin El-Kom



8 Feb, Isnin - Road Show Dana Syaqah kini beralih pula ke destinasi yang seterusnya iaitu DPM Shibin El-Kom. Road Show tersebut dijalankan selepas solat Isyak dan merupakan acara gandingan bersama Kempen Biah Soleh dan pelancaran Bulan Tarbiah dan Thaqafah (BIAH 10).

Road Show tersebut dikendalikan sendiri oleh Naib Presiden III, Saudara Zuhaili Saiman dengan penerangan umum berkaitan faedah dan kepentingan Syaqah PMRAM beserta tayangan dokumentari selama 13 minit. Hadirin menunjukkan reaksi yang menarik dan sokongan yang padu setelah mendapat keterangan umum yang disampaikan. Di samping itu, turut digerakkan tabung Dana Syaqah.

Road Show tersebut merupakan Road Show yang kelapan selepas destinasi DPM Dumyat.

Sunday, February 28, 2010

Sejarah Tetap Sejarah : Mengapa Perlu Diubah ?

Sejarah PMRAM yang kini menggamit umur seabad mempunyai pelbagai memori agung yang tidak mungkin dimiliki oleh persatuan yang lain. Sebagai persatuan yang tertua yang wujud di bumi Mesir ini, pelbagai sejarah yang mungkin menelusuri beberapa dinasti menjadi PMRAM sebuah persatuan yang agung.

Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan kesahihan sejarah yang berlaku apabila ada beberapa individu dan pihak yang cuba memesongkan fakta-fakta yang ada. Yang paling hairan, mereka bukan sekadar menukar sejarah bahkan dengan penukaran fakta tersebut, hak dan keistimewaan yang dimiliki oleh PMRAM dirampas.

Antaranya ialah ARMA. Sebidang tanah yang mempunyai keluasan 2122 meter yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Mesir kepada PMRAM di atas pertolongan sukarelawan di dalam membantu kerajaan Mesir ketika peperangan menentang Israel. Ini adalah fakta yang jelas berlaku.

Namun di awal 90-an, pada tahun 1994, PMRAM telah dikeluarkan atas alasan pembaik pulih. Namun sehingga kini, alasan yang kononnya membaik pulih tersebut menyebabkan PMRAM hilang haknya. Bahkan ini juga menunjukkan maruah PMRAM dicalar dan dicabar.

Hasilnya, selepas beberapa usaha dijalankan bagi mendapatkan hak ARMA tersebut gagal dan tidak mempunyai peluang yang cerah, satu usul untuk dijayakan bersama dicetuskan oleh Saudara Nizam Noh pada tahun 2006.

Dan kini Misi Syaqah PMRAM masih berterusan walaupun usul menjayakan pembelian di akhir tahun 2009 telah gagal. Apa yang penting, hak ARMA merupakan memori bersama mereka yang menyokong dan mendokongi PMRAM dari zaman dahulu sehingga kini. Tiada istilah, hak ARMA sudah lenyap daripada PMRAM. Hak tersebut masih kekal. Dan PMRAM masih pemilik ke atas hak tersebut sebagaimana hak umat Islam ke atas Masjid Aqsa walaupun penafian yang tersebut dilakukan oleh mereka yang berkuasa namun zalim.

Jika betul apa yang cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu, sila nyatakan dan lampirkan bukti kepada semua. Dan mungkin juga forum seperti Wacana Ilmiah amat baik bagi hadirin menilai sendiri kesahihan fakta-fakta yang diberikan di antara 2 pihak.

Fakta yang tidak mungkin berubah : -


1956 Oktober : Mendaftarkan seramai 65 orang pemuda Melayu menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah dan mahaisiswi menjahit pakaian tentera untuk membantu tentera Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel


1959 Urusan penyerahan tanah seluas 2,212 meter persegi oleh kerajaan Mesir di buat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan masa depan, maka pertengahan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu








Followers