Friday, August 26, 2011

PELANCARAN SAHAM WAQAF PMRAM MERIAH

Kaherah 26 Ogos 2011: Unit Dana Syaqah PMRAM membuka langkah baru dengan lebih drastik, sistemetik dan efektif apabila Saham Waqaf PMRAM yang diuar-uarkan sebelum ini dilancarkan dengan penuh gilang gemilang pada Majlis Penutup Ihya' Ramadan & Sambutan Hari Kemerdekaan (IRHAM '11).

Pelancaran yang dibuat oleh Presiden PMRAM, Ustaz Zuhaili Bin Saiman dan diiringi  Naib Presiden III merangkap Ketua lajnah Kebajikan & Kemanusiaan PMRAM, Ustaz Syeikh Muhd Mujahid Bin Syeikh Nawawi dilaksanakan dengan Tuan Presiden menandatangani  plat replika resit Saham Waqaf PMRAM selaku simbolik pembelian Saham Waqaf PMRAM.

Dengan pelancaran tersebut, maka Saham Waqaf PMRAM akan melaksanakan gerak kerja rasminya di seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) seluruh Muhafazah. Serentak dengan itu pembelian bolehlah dirujuk kepada semua wakil penjual Saham Waqaf PMRAM seperti yang berikut: http://dana-apartmen.blogspot.com/2011/08/wakil-pengedar-skim-saham-waqaf-pmram.html

Pelancaran tersebut memberi jawapan kepada seluruh mahasiswa di bumi Mesir khususnya apakah itu Saham Waqaf PMRAM, siapakah wakil penjual, sejarah saham waqaf dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Unit Dana Syaqah PMRAM 2011 Ustaz Muhammad Sufi Bin Mohd Yusof.

Ustaz Zuhaili Bin Saiman menandatangani plat replika Resit Skim Saham Waqaf PMRAM.

Kaunter Skim Saham Waqaf PMRAM sepanjang berlangsungnya IRHAM '11

Meriah: Mahasiswa dari Selangor, Shahrul Akhbar membeli Saham Waqaf PMRAM. Kaunter Saham Waqaf PMRAM mendapat sambutan yang hangat ketika program berlangsung.

Mahasiswa yang hadir pada Majlis Penutup IRHAM '11

Pelancaran Banting Skim Saham Waqaf PMRAM

No comments:

Post a Comment

Followers