Friday, August 12, 2011

Skim Saham Waqaf PMRAM

Skim Saham Waqaf PMRAM adalah alternatif kedua yang dilaksanakan selepas Skim Yuran UDS PMRAM. Skim Yuran UDS yang mana telah mewajibkan setiap ahli membayar LE 300 setiap seorang bagi mencapai sasaran sebanyak LE 1.5 juta.Namun,setelah berakhirnya skim yuran tersebut pada penghujung 2009, maka tiada lagi jalan sumbangan khusus bagi Unit Dana Syaqah PMRAM.Oleh yang demikian,Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM telah memikirkan inisiatif  dan merangka satu projek baru iaitu melancarkan Skim Saham Waqaf PMRAM dan mengecilkan jumlah sasaran daripada LE 1.5 juta kepada LE 700,000 pada sesi ini.Namun begitu,Skim Yuran Dana Syaqah yang telah tamat tempoh tersebut, masih boleh dilunaskan pembayarannya bagi sesiapa yang masih belum melunaskannya.

Fungsi Skim Saham Waqaf adalah untuk mengumpul dana dan menghidupkan amalam waqaf dalam kalangan ahli.Unit Dana Syaqah telah membuka sebanyak 2500 saham dengan kadar LE 50 setiap satu dan setiap pembelian 4 saham atau LE 200 ke atas akan diberikan syahadah dari Unit Dana Syaqah PMRAM.Pembelian saham adalah tidak terhad mengikut kemampuan masing-masing.

Bagi individu yang ingin membeli saham,boleh berhubung dengan wakil jualan yang dilantik rasmi dari Unit Dana Syaqah PMRAM di setiap BKAN dan DPM.Selain itu,pembeli juga boleh menjadi wakil kepada mereka yang telah meninggal dunia dengan membeli saham waqaf ini supaya menjadi amalan waqaf untuk mereka.

Mudah-mudahan,Allah S.W.T akan mempermudah segala gerak kerja yang telah dirancang ini dan pelaksanaan dan manfaat yang bakal terhasil nanti dapat sama-sama kita kecapi.


Hulurkan Sumbangan,Tunaikan Kewajipan



No comments:

Post a Comment

Followers