Monday, August 22, 2011

Penerangan Saham Waqaf Bersama Perubatan Cawangan Mansurah


21 ogos 2011,bertempat di Markaz Perubatan Cawangan Mansurah (PCM),Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM telah turun memberi penerangan awal kepada ahli-ahli Perubatan Cawangan Mansurah.

Program yang diatur untuk mengingati dan menghayati sejarah yang berlaku ke atas Palestin itu dimulakan dengan penerangan berkenaan isu Palestin yang disampaikan oleh Ustaz Sheikh Mujahid bin Sheikh Nawawi yang merupakan Badan Pengurus Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.

Kemudian slot pengenalan berkaitan Skim Saham Waqaf PMRAM diselit sebelum berakhirnya penerangan berkenaan isu tersebut. Penyampaian disampaikan oleh pengarah UDS sendiri, Ustaz Muhammad Sufi Mohd Yusof.

Antara agenda pengenalan tersebut adalah lebih berfokus kepada tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli perubatan dalam mengamalkan amalan berwaqaf dengan menyertai Skim Saham Waqaf PMRAM.

Secara tidak langsung, ganjaran pahala yang disalurkan bukan hanya tertumpu kepada diri sendiri malahan boleh disalurkan bagi pihak ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Moga-moga dengan keterlibatan ahli-ahli perubatan Mansurah dalam membeli waqaf ini dapat membantu mempercepat proses mendapatkan syaqah PMRAM seterusnya menjamin ukhuwah yang terbina antara perubatan dan pengajian islam.

Untuk teknikal pembelian saham dengan lebih teratur bolehlah merujuk kepada mas’ul dan mas’ulah cawangan Mansurah yang dilantik :

Syaqiq  B Ibrahim
0116746451
Nurul Farhana Bt Md Ghazali
0113752814 

Atau menghubungi terus Pengarah dan Timbalan pengarah UDS PMRAM:

Muhammad Sufi B. Mohd Yusof
014-6797145
Norsyafawatie Bte Sini
011-8769468




                 

Ustaz Sheikh Mujahid memberikan pengisian berkenaan Palestin




Ustaz Muhammad Sufi memberikan penerangan berkaitan saham Waqaf PMRAM


No comments:

Post a Comment

Followers