Monday, August 22, 2011

Saham Waqaf PMRAM:Kaunter Akan Dibuka Sepanjang IRHAM

KAHERAH,22 Ogos: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 terus optimis menggerakkab saham waqaf PMRAM di seluruh Mesir dalam usaha untuk menjayakan misi Dana Syaqah PMRAM.

Sehubungan dengan itu,kaunter saham waqaf PMRAM akan dibuka hari ini di Dataran Haiyyu Asyir bersempena program IRHAM yang akan diadakan sehingga 26 Ogos yang akan datang.

Baru-baru ini,kaunter jualan saham waqaf PMRAM yang telah dibuka pada program Iftor Mahabbah BKAN 4 negeri mendapat sambutan hangat daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi apabila lebih daripada 40 saham telah terjual.

"PMRAM mengharapkan agar setiap ahli memanfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan yang masih berbaki beberapa hari ini untuk membeli saham waqaf PMRAM sebagai tanda sokongan dan dokongan terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah berbakti sekian lama",ujar saudara Syeikh Mujahid bin sikh Nawawi,Naib Presiden III,merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi di pejabat PMRAM.

"Kerjasama dari seluruh peringkat BKAN dan DPM amat diperlukan untuk terus menghidupkan suasana dan momentum saham waqaf PMRAM demi memastikan gerak kerja yang kita lakukan akan berjaya",ujar beliau lagi.


sumber : http://www.pmram.org





No comments:

Post a Comment

Followers