Friday, August 05, 2011

Salam Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t,Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.Unit Dana Syaqah PMRAM mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli PMRAM di Mesir dan seluruh umat islam di Malaysia.

Semoga dengan berkat kedatangan bulan ini dapat memberi kekuatan untuk adakan lonjakan perubahan yang baik dalam diri kita.Manfaatkan bulan ini dengan sebaiknya kerana belum tentu kita akan bertemu dangan Ramadhan yang akan datang.Semoga kita sama-sama dapat tingkatkan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah,salah satunya adalah bersedekah.

Baginda Rasul menamakan bulan ini dengan Syahrul musawwah atau bulan prihatin.iaitu keperihatinan kita kepada yang memerlukan.Berlumba-lumbalah dalam membuat amalan yang diredhoi Allah supaya amalan yang dibuat dapat memberikan kebaikan kepada diri kita mahupun diri orang lain.

Salam Ramadhan Kareem dari Unit Dana Syaqah PMRAM.

No comments:

Post a Comment

Followers