Jumlah Kutipan Terkini bagi Unit Dana Syaqah Pmram adalah sebanyak LE 4044457.1.
Jumlah ini diumumkan oleh Hewi Pmram Unit Kebajikan dan Kemanusiaan iaitu Saudari Norhashimah bte Majid.
Bagi tahun 2011 ini, Pihak Dana Syaqah Pmram mensasarkan kutipan sebanyak LE 300 ribu atau lebih bagi merealisasikan Misi pembelian Dana Syaqah Pmram yg tertangguh sejak tahun 2006
Seluruh Ahlijawatankuasa Unit Dana Syaqah Pmram mengharapkan kerjasama dari BKAN
dan DPM dalam membantu kami melicinkan lagi gerak kerja ini
Jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,juga
kepada penyumbang dalam dan luar mesir serta ahli dan bukan ahli PMRAM diatas huluran
ikhlas yang bertaut hubbu fillah.
Semoga dengan sumbangan kalian mendapat ganjaran disisi ALLAH bersesuaian dengan ayat
suci Al-Quran yang bermaksud...
" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiraami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (juga memadai). Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan."(Surah Al-Baqarah ayat 265)
No comments:
Post a Comment