Tuesday, October 12, 2010

Temui Novel `Bicara Pedusi' Unit Dana Syaqah dengan Kerjasama Kem Latihan Penulis (KELAP) PMRAM dipasaran sekarang


Projek sulong Unit Dana Syaqah dengan kerjasama Kem Latihan Penulis (KELAP) berjaya diterbitkan untuk dipasarkan. Karya yang dihasilkan oleh seorang penulis Malaysia, Wardah Syaukiyyah ini merupakan karya khusus demi merealisasikan keberjayaan misi Dana Syaqah PMRAM dari pihak penulis. Bolehlah mendapatkan terus di Kedai PMRAM dan HEWI PMRAM dengan harga menarik LE23. Selamat membeli dan menyumbang.

Wednesday, October 06, 2010

Pameran Bergerak ARMA & Dana Syaqah Diteruskan Lagi


PDF Print E-mail
arma pmram.jpgKAHERAH, 6 Oktober - Unit Panitia ARMA PMRAM bersama Unit Dana Syaqah sekali lagi meneruskan pameran bergerak bagi meneruskan penerangan berkaitan antara hak PMRAM di ARMA dan misi pembelian syaqah PMRAM.

Pameran bergerak ini akan berlangsung esok iaitu 7 Oktober pada Hari Khamis di perkarangan Rumah Kelantan Baru di Hayyu Sabik.

Pameran bergerak ini merupakan kali yang kedua selepas dilakukan pada 2 Oktober baru-baru ini di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang.

Objektif utama bagi pameran bergerak ini ialah bagi memastikan semua mahasiswa/wi kesemuanya di setiap tempat mendapat penerangan secara terus mengenai ARMA dan dana syaqah.

"Melalui Unit Panitia ARMA, pada tahun ini kita optimis untuk memberikan penerangan secara langsung secara optimum bagi mengembalikan semula sensitivi ahli kita sebagaimana abang-abang kita dahulu," berkata Pengarah Unit Panitia ARMA, Saudara Hanif Musa.

Di samping itu, Pengarah Unit Dana Syaqah, Saudara Khairul Amri berkata menerusi gandingan bersama antara Unit Panitia ARMA dan Unit Dana Syaqah adalah bagi memperkasakan lagi gerak kerja bersama yang mana asal tujuan wujudnya dana syaqah ini ekoran daripada penghalauan PMRAM dari ARMA pada 1992.

"Justeru, ahli mesti sedar bahawa kedua-dua misi ini mesti dijayakan bersama-sama" tambah beliau.

Makluman lanjut bagi pameran bergerak ARMA & Dana Syaqah adalah seperti berikut :

Tarikh : 7 Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 1) 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk akhwat
2) 1.00 petang sehingga waktu asar untuk ikhwat

Semua mahasiswa/wi dijemput hadir bagi menjayakannya.


Sumber: www.pmram.org

Sunday, October 03, 2010

ARMA & Dana Syaqah : PMRAM Optimis

ARMA & Dana Syaqah : PMRAM Optimis
 
PDF Print E-mail
KAHERAH, 2 Oktober - Pameran bergerak Unit Panitia ARMA bersama-sama dengan Unit Dana Syaqah yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar. Pameran yang diadakan di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang tadi bermula seawal 9.30 pagi dengan sesi lawatan untuk pihak akhwat.

Pameran tadi diserikan juga dengan kehadiran daripada mahasiswi baru daripada beberapa BKAN terutama BKAN Pulau Pinang.

Sesi lawatan untuk akhwat berakhir pada jam 1 petang, kemudian pada jam 1.30 petang pula adalah sesi lawatan bagi ikhwah.

Pengunjung pameran bergerak diberikan pamplet penerangan berkaitan bersama-sama buku penerangan kronologi khas mengenai ARMA yang menceritakan sejarah penubuhan Unit Panitia seawal 1932 sehingga rentetan kronologi peristiwa dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak PMRAM dalam mendapatkan kembali hak beroperasi di anjung ARMA.

Pameran bergerak yang mengganbungkan antara Unit Panitia ARMA dan Unit Dana Syaqah ini merupakan siri yang pertama dalam menyebarkan penerangan dan informasi yang berkaitan serta bagi menghidupkan kembali sensitiviti ahli dalam cakna isu ARMA dan Dana Syaqah.

"Pada tahun ini, pihak PMRAM melalui Unit Panitia ARMA khususnya begitu optimis 

dalam berusaha menaikkan sensitiviti ahli terhadap ARMA. Dan pameran bergerak ini adalah langkah permulaannya" ujar Timbalan Presiden yang ditemui di tapak pameran bergerak petang tadi. 

Sumber Rasmi: www.pmram.org

Thursday, September 30, 2010

Pameran UDS bergerak bersama Panitia ARMA di BKAN P. Pinang

Assalamualaikum..
InsyaAllah bertepatan pada tarikh
2 Oktober 2010,
pihak Unit Dana Syaqah dengan kerjasama
Unit Panitia Arma akan berada di:

> Rumah Pulau Pinang
> jam 9.00 am - 1.00 pm (akhawat)
> jam 1.00 pm - 4.00 pm (ikhwah)

Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai UDS,
anda dialu-alukan hadir ke lokasi.

--> Jumpa disana!


Followers