Thursday, February 11, 2010

"Kami Mengalu-alukan Kritikan Yang Ikhlas dan Idea Yang Realistik "


Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009, Saudara Zuhaili Saiman berkata pihak Unit Dana Syaqah mengalu-alukan kritikan, komen, muhasabah yang membina serta idea yang realistik dalam menjayakan gerak kerja Misi Syaqah PMRAM. Sehingga kini sudah 6 destinasi yang sudah menjalani Road Show Syaqah PMRAM.

Baru-baru ini, Road Show dijalankan di Rumah Kelantan Baru pada 9 Februari, jam 8 malam dan Rumah Kedah Hayyu Sabik, jam 8.30 malam. kehadiran di kedua-dua destinasi meriah berdasarkan kehadiran yang ramai kedua-dua belah pihak ikhwah dan akhwat. Sebelum penutup sesi Road Show, sesi soal jawab dibuka. Pelbagai cadangan dan muhasabah yang diberikan oleh para hadirin. Saudara Zuhaili menjelaskan bahawa ini merupakan satu petanda yang baik apabila banyak cadangan dan muhasabah yang dilontarkan kerana hal ini menunjukkan ahli PMRAM mengambil tahu akan isu Misi Syaqah PMRAM ini.

Road Show di Rumah Kelantan Baru dikelolai oleh Saudara Kahirul Amri, selaku Pengarah Unit Dana Syaqah serta Saudara Anwas yang merupakan Exco Kebajikan KPKM dan salah seorang AJK Unit Dana Syaqah, tanpa kehadiran Saudara Zuhaili kerana berada dalam mesyuarat ketika itu.


Road Show di Rumah Kedah Hayyu Asyir dikelolai oleh Saudara Khairul Amri selaku moderator dan Saudara Zuhaili Saiman. Road Show tersebut memakan masa selama 1 jam, beserta tanyangan dokumentari dalam menerangkan secara jelas perkara-perkara yang berkaitan Misi Syaqah PMRAM.

Bermula destinasi di Rumah Kelantan Baru, tabung bergerak bagi kutipan Dana Syaqah dijalankan sepanjang majlis.

Saudara Zuhaili meminta kepada semua hadirin mengambil peranan dengan memberikan komen dan kritikan yang membina beserta cadangan-cadangan yang akan dikaji oleh pihak Unit Dana Syaqah. Beliau berharap Road Show ini akan menjadikan suatu medan bagi mendekatkan PMRAM dengan ahli dalam membawa misi menjayakan pembelian syaqah.

"Kami mengalu-alukan kritikan yang ikhlas dan idea yang realistik", ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Followers