Tuesday, April 13, 2010

Amanat Terakhir Naib Presiden III PMRAM 2009


Assalamualaikum...

Segala puji-pujian ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarga dan para sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya...

Teman-teman yang dikasihi sekalian,

Amanat ini merupakan amanat terakhir yang ingin disampaikan kepada teman-teman bagi kita sama-sama terus di dalam menjayakan Misi Syaqah PMRAM. Apa yang ingin saya katakan ialah Misi Syaqah PMRAM ini perlu kita ketahui selaku kita pendokong yang mengaplikasikan slogan "Kita PMRAM" di dalam diri kita bahawa keperluan syaqah/apartmen sudah menjadi perkara dharuri bagi PMRAM. Sekiranya ditanya adakah tanpa syaqah yang dimiliki sendiri akan menyebabkan PMRAM semakin susah? Tentu sekali ya.. Sebagaimana banyak kali yang telah saya katakan ialah sewaan bulanan pejabat PMRAM kini amat menekan kewangan PMRAM, sekiranya ia berlanjutan akan membantutkan perjalanan gerak kerja PMRAM yang merupakan penaung bagi mahasiswa/wi Melayu di Mesir dan juga gerakan Islam mahasiswa/wi di sini.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, saban tahun isu keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku semakin menular dan meningkat. Justeru gemblengan kekuatan perlu dikerahkan. Bahkan kekuatan yang diharapkan bukan hanya sudut tenaga sahaja bahkan kewangan juga amat membantu. Dalam promosi dan Road Show yang telah Unit Dana Syaqah lakukan, saya kerap kali menekankan bahawa pemilikan sendiri pejabat akan menjimatkan kewangan PMRAM. Sebanyak LE 1800 yang diperuntukkan bagi sewa pejabat akan dapat disalurkan kepada gerak kerja yang lain seperti Hisbah, walau apa pun ia bergantung kepada perbincangan pimpinan semasa.

Teman-teman sekalian,

Sepanjang satu sesi saya diamanahkan bagi melaksanakan Misi Syaqah PMRAM, banyak isu dan permasalahan yang telah dilalui bersama dengan seangkatan mereka yang telah mengerahkan tenaga. Di akhir pentadbiran ini, saya memohon sejuta kemaafan sekiranya andai ada gerak kerja yang tidak terlaksana sepanjang ini. Saya juga meminta kerjasama semua pihak untuk kita sentiasa memperjuangkan Misi Syaqah PMRAM ini sehingga berjaya. Yakinlah teman-teman setiap masa, kewangan, tenaga dan idea yang telah dicurahkan akan mendapatkan ganjaran yang berkekalan di sisi Allah ....

Sama-sama kita doakan Misi Syaqah PMRAM berjaya dilaksanakan dengan secepat mungkin...

Selamat berjuang....

Muhamad Zuhaili Saiman
Naib Presiden III
(Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan)
PMRAM 2009

Friday, March 26, 2010

BKAN Perlis Destinasi Yang Ke-11




25 Mac, Khamis - Road Show Dana Syaqah berjalan lagi menuju ke destinasi yang seterusnya. Kini bertapak di BKAN Perlis yang merupakan destinasi yang ke-11. Road Show dijalankan selepas selesai bacaan Yassin pada malam Jumaat. Yang turut menjayakan Road Show tersebut ialah Saudara Bazli yang merupakan krew Unit Dana Syaqah, Saudara Zuhaili Saiman yang merupakan Naib Presiden III dan Saudara Labib, Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah.

Kali ini Road Show disajikan bersama dengan penerangan mengenai kekuatan kesatuan yang disampaikan khas oleh Saudara Labib, Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah. Ia dikaitkan dengan permasalahan syaqah PMRAM yang sepatutnya menjadi tempat utama di dalam berinteraksi sebagai medan perbincangan gerak kerja PMRAM. Namun, walaupun PMRAM sudah menjagkaui usia 80 tahun, tempat yang tetap masih belum ada ekoran dikeluaarkan daripada pejabat PMRAM di anjung ARMA suatu ketika dahulu.

Semoga dengan penerangan yang disampaikan akan memastikan ahli-ahli BKAN Perlis bangkit membantu menjayakan Misi Syaqah PMRAM.

Sunday, March 21, 2010

" Ayuh ! Sama-Sama Berganding Bahu Menjayakannya " - Pengarah Unit Dana Syaqah


Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah, selaut kesyukuran kita panjat ke hadrat Ilahi, atas limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat berdiri teguh di bawah kesatuan yang membawa dasar Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu PMRAM. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah SWT.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana yang kita ketahui, kini Misi Syaqah PMRAM sudah menjejak tahun yang ke-5 selepas ia dijalankan bermula tahun 2006. Sehingga kini jumlah LE 1.5 juta masih lagi jauh bahkan secara logik, angka ini agak payah untuk dikecapi dalam masa yang terdekat ini. Lagi, kegagalan kita bersama di dalam menjayakan usul yang lepas iaitu menjayakan pembelian Syaqah PMRAM pada akhir 2009 menjadikan Misi Syaqah PMRAM tertanya-tanya bilakah lagi misi ini akan ditetapkan berakhir. Saya selaku Pengarah bagi Unit Dana Syaqah PMRAM mengungkapkan kembali kalam daripada Saudara Zuhaili Saiman selaku Ketua Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM bahawa objektif utama ialah PMRAM mendapat syaqah yang diimpikan bagi menjalankan operasi kepejabatan. Adapaun ketetapan tarikh pada sebelum 31 Disember 2009 sebelum hanya sebagai suatu momentum bagi mempercepatkan dana yang disasarkan. Maka, saya mengingatkan lagi bahawa Misi Syaqah PMRAM terus berjalan sehingga sebuah syaqah mampu dimiliki, tidak kira samada mengambil masa yang agak panjang.

Di bawah aktiviti Unit Dana Syaqah PMRAM yang ditubuhkan khas bagi merealisasikan Misi Syaqah PMRAM pelbagai aktiviti telah pun dijalankan bagi mendapatkan dana seperti jualan barangan Dana Syaqah, mengmbil tender bazar, mengadakan pameran dan road show bagi menerangkan kepentingan syaqah dan menyeru ahli membantu misi ini dengan semaksima yang mungkin.

Justeru, saya mengingatkan sahabat-sahabat sekalian bahawa Misi Syaqah ini tidak akan berjaya sekiranya tiada usaha bersama di antara pimpinan dan ahli. Apa yang penting saya menyeru semua sahabat agar kita semua menjadi agen di dalam menjayakan misi ini samada agen secara rasmi atau tidak. Ingatlah sahabat-sahabat, kalau di zaman dahulu adanya 65 tentera sukarelawan yang sanggup mengggadaikan nyawa, dan pada hari ini saya minta biar sahabat-sahabat yang ada di hadapan mata saya ini mampu menuruti jejak mahasiswa terdahulu. Usaha lelah biar kita tanggung sama-sama, insyaallah kemanisan akan lebih bermakna.

Di akhir kalam, marilah kita sama-sama menjayakan Misi Syaqah PMRAM dengan segera. Semoga kalam yang ringkas ini mampu memberikan sedikit kesedaran kita bersama.

Thursday, March 18, 2010

" Kalau tidak tahu, jangan ubah fakta " - Muhamad Zuhaili Saiman


Sekali lagi, terdapat pihak yang mempertikaikan sejarah dan fakta yang dibentangkan mengenai isu ARMA sekaligus meremehkan Misi Syaqah PMRAM ketika pameran tersebut dijalankan di BKAN Wilayah sepanjang 17 sehingga 20 Mac. Pihak terbabit mempertikaikan bahawa pemilikan tanah seluas 2212 meter persegi yang dihadiahkan bukanlah kepada pihak PMRAM bahkan kepada pihak yang lain.

Berikutan itu, pihak Penerangan dan Informasia Unit Dana Syaqah PMRAM telah pun berjumpa dengan Saudara Zuhaili Saiman selaku Naib Presiden III bagi mendapatkan penjelasan yang lanjut.

Saudara Zuhaili Saiman menjawab bahawa, apa yang pihak Unit Dana Syaqah telah tonjolkan dan terangkan, kesemuanya itu mempunyai fakta dan bukti yang kukuh. Bahkan beliau selaku orang yang bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan Unit Dana Syaqah , menegaskan bahawa pihak beliau sesekali tidak akan melakukan sesuatu tanpa rujukan dan fakta yang sah. Apa-apa sekali pun, mana-mana pihak yang cuba menafikan apa sahaja penerangan yang dilakukan oleh Unit Dana Syaqah, beliau mempersoalkan mengapa pihak terbabit tidak mengambil tindakan untuk mengadakan dialog atau wacana ilmiah di hadapan mahasiswa/wi yang berada di Mesir bagi mereka menilai hujah-hujah di antara 2 pihak, kalaulah pihak mereka mengatakan di sisi mereka bukti yang benar?

Jelas beliau lagi: " Banyak pihak yang cuba memutar belit fakta sejarah yang sudah lama tercatat ekoran mereka tidak berasa senang dengan pihak PMRAM. Baru-baru ini juga, saya mendapat laporan bahawa ada individu yang cuba melakukan perkara sedemikian di rumah BKAN Selangor. Apa yang penting, Unit Dana Syaqah tetap meneruskan penerangannya bagi menaikkan kesedaran dan sensitiviti mengenai hak kita iaitu ARMA hasil jasa perjuangan mahasiswa terdahulu. Bagi saya, mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, cuba bertindak rasional. Saya cadang mereka anjurkan sebuah dialog di antara mereka dengan Unit Dana Syaqah di dataran Hayyu Asyir, biar mahasiswa/wi kita menilai. Saya menegaskan sekali lagi bahawa kalau pihak mereka tidak tahu berkaitan fakta sejarah itu, maka jangan cuba merosakkan pemikiran mahasiswa/wi kita dengan menukarkan fakta sejarah tersebut. "

Pameran Kemanusiaan dan Dana Syaqah di BKAN Wilayah



Pameran Mini Pavilion - menyebarkan maklumat dan isu semasa Palestin....
Gimik anti kezaliman dan zionis...pijak dan terus pijak....

Peta gambaran bagi situasi Baitul Maqdis....

Krew Unit Dana Syaqah - pameran dalam menerangkan isu dan menjual barangan...membeli sambil menderma..

Krew PROSMA dan Unit Kemanusiaan - satu pameran bagi mengedarkan maklumat isu umat Islam global... begitu juga mengumpulkan dana... derma bagi meringankan musibah sahabat saudara seislam kita...

Ketekunan seorang aktivis pejuang Palestin, Saudara Abdul Muin yang merupakan pengarah Mini Pavilion... Selamat berjuang....

Di antara situasi di pameran..... selamat berkunjung....


Bermula pada 17, 18 dan 20 Mac ni, Unit-unit di bawah Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM dijemput di dalam pogram FESTA (Hari Keluarga Anak-Anak Wilayah) bagi mengadakan pameran dalam menerangkan isu-isu yang berkaitan.

Antara unit-unit yang terbabit ialah :

1) MAP - Mini Pavilion bertanggungjawab dalam menyebarkan isu-isu semasa dan maklumat mengenai Palestin dan Baitul Maqdis.

2) PROSMA - bertanggungjawab dalam mencari dana bagi disalurkan kepada Palestin dan umat Islam yang global.

3) Unit Kemanusiaan - bertanggungjawab dalam menyebarkan isu-isu semasa dan maklumat mengenai umat Islam yang global, selain daripada Palestin.

Di dalam pameran tersebut, juga terdapat beberapa gimik yang best seperti kempen menderma dan anti kezaliman dan zionis.

Masa lawatan bagi pameran tersebut ialah :

9.30 pagi - 12.30 tgh hari : akhwat
12.30 tgh hari - 3.30 petang : ikhwah
4.00 petang - 5.30 petang : akhwat
6.30 petang - 11.30 malam : ikhwah

Jumpa di sana........

Followers