Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Kalam HEWI

Segala puji bagi Allah s.w.t Pentadbir sekalian alam. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepadaNya diatas kurniaan nikmat Islam dan iman. Selawat dan salam keatas Rasulullah SAW, keluarga Baginda SAW, para sahabat, tabi' tabi'in dan mereka yang mengikuti sunnahnya dengan ikhlas sehingga ke hari penentuan.


"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedangkan mereka beriman maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya Kami akan beri kepada mereka balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."
(Surah An-Nahl, ayat 97)


Sahabat- sahabat,

Terkini, jumlah sumbangan dana syaqah mencapai jumlah LE 353 364.38. Jika dibandingkan jumlah ini masih terlalu jauh dengan nilai sasaran untuk membeli syaqah PMRAM, yang mencecah 1juta. Namun bagi PMRAM, setiap nilai sumbangan yang disalurkan amat dihargai dan kami dari PMRAM Pusat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli PMRAM dan para penyumbang yang sama-sama berusaha untuk menjayakan misi dana syaqah PMRAM. Semoga ALLAH SWT membalasi setiap kebaikan dan pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

         Bagi mencapai misi, unit Dana Syaqah dibawah Lajnah dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah merancang dan menyusun beberapa gerak kerja dalam memastikan target untuk mendapatkan syaqah PMRAM sesegera mungkin akan terlaksana. Disamping memantapkan jualan-jualan, kutipan sumbangan dan produk dana syaqah, kita amat memerlukan bantuan ahli-ahli. Ternyata, agenda ini bukan hanya terpundak di bahu-bahu kepimpinan PMRAM, adhoc dan AJK Unit Dana Syaqah, bahkan ke atas ahli PMRAM keseluruhannya.
         Kita melihat kepulangan ahli saban tahun terutama dalam fatrah cuti musim panas sebagai satu peluang besar untuk memperolehi sumbangan. Untuk itu, kepada ahli-ahli yang pulang bercuti, boleh mendapatkan proposal dana syaqah PMRAM sama ada dalam bentuk hardcopy ataupun softcopy (PDF). Segala kerjasama kami dahulukan dengan jutaan ucapan terima kasih.
         Dengan usaha dari semua pihak termasuk ahli PMRAM, juga nusrah dariNYA marilah kita berdoa moga-moga impian bersama untuk mendapatkan syaqah PMRAM akan terealisasi dalam jangka waktu terdekat ini. JazakumuLlah khairan kathira. Siiru 'ala baraakatiLlah.



Pameran Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2010


Pameran Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM telah berlansung serentak bersama Bazar Damai (Pahang & Terengganu) pada 18 Julai 2010 dan Bazar Kelantan pada 19 Julai baru-baru ini.

Objektif pameran UDS adalah bagi memberi penerangan dan kefahaman kepada seluruh ahli PMRAM dan meningkatkan sensitiviti mereka untuk menghulurkan sumbangan kepada UDS. Bancian Medan tentang kefahaman ahli kepada UDS juga turut diadakan, dan hasil bancian menunjukkan masih ramai lagi yang belum memahami Misi Danan Syaqah PMRAM.

Pameran UDS seterusnya akan menemui anda di Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10).

Sama-sama menjayakan misi dana syaqah. Hulurkan Sumbangan, Tunaikan Kewajipan.
Pengarah UDS di Bazar Damai

Saturday, May 09, 2009

BANNER MISI SYAQAH PMRAM 2009 MENGHIASI SEMPENA IMTIHAN

Dalam menghidupkan suasana bagi menjayakan Misi Syaqah PMRAM 2009, pihak UDS di bawah kelolaan Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009, membuat banner rasmi bagi setiap BKAN dan DPM. cadangan dan idea berkenaan banner tersebut merupakan persetujuan di antara setiap exco kebajikan dalam mesyuarat Kebajikan di antara PMRAM, BKAN dan DPM kali ke-2.

Banner ini bertujuaan menghidupkan suasana mengumpulkan dana bagi Syaqah PMRAM sempena musim peperiksaan ini supaya ia tidak malap di sepanjang tempoh peperiksaan. Diharapkan dengan banner Misi Syaqah PMRAM 2009 ini menjadi penghias disamping menyemarakkan tema 'Hulurkan Sumbangan Tunaikan Kewajipan'.

Justeru, mana-mana mahasiswa/wi khasnya ahli PMRAM, umumnya mereka yang berada di mesir yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah terus melalui wakil unit kebajikan BKAN dan DPM masing-masing ataupun terus melalui Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman di talian +20100716474. bagi pihak mahasiswi boleh juga melalui ketua unit Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009, saudari Raudah Hanum di talian +20103800211.

Followers