Tuesday, April 13, 2010

Amanat Terakhir Naib Presiden III PMRAM 2009


Assalamualaikum...

Segala puji-pujian ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarga dan para sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya...

Teman-teman yang dikasihi sekalian,

Amanat ini merupakan amanat terakhir yang ingin disampaikan kepada teman-teman bagi kita sama-sama terus di dalam menjayakan Misi Syaqah PMRAM. Apa yang ingin saya katakan ialah Misi Syaqah PMRAM ini perlu kita ketahui selaku kita pendokong yang mengaplikasikan slogan "Kita PMRAM" di dalam diri kita bahawa keperluan syaqah/apartmen sudah menjadi perkara dharuri bagi PMRAM. Sekiranya ditanya adakah tanpa syaqah yang dimiliki sendiri akan menyebabkan PMRAM semakin susah? Tentu sekali ya.. Sebagaimana banyak kali yang telah saya katakan ialah sewaan bulanan pejabat PMRAM kini amat menekan kewangan PMRAM, sekiranya ia berlanjutan akan membantutkan perjalanan gerak kerja PMRAM yang merupakan penaung bagi mahasiswa/wi Melayu di Mesir dan juga gerakan Islam mahasiswa/wi di sini.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, saban tahun isu keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku semakin menular dan meningkat. Justeru gemblengan kekuatan perlu dikerahkan. Bahkan kekuatan yang diharapkan bukan hanya sudut tenaga sahaja bahkan kewangan juga amat membantu. Dalam promosi dan Road Show yang telah Unit Dana Syaqah lakukan, saya kerap kali menekankan bahawa pemilikan sendiri pejabat akan menjimatkan kewangan PMRAM. Sebanyak LE 1800 yang diperuntukkan bagi sewa pejabat akan dapat disalurkan kepada gerak kerja yang lain seperti Hisbah, walau apa pun ia bergantung kepada perbincangan pimpinan semasa.

Teman-teman sekalian,

Sepanjang satu sesi saya diamanahkan bagi melaksanakan Misi Syaqah PMRAM, banyak isu dan permasalahan yang telah dilalui bersama dengan seangkatan mereka yang telah mengerahkan tenaga. Di akhir pentadbiran ini, saya memohon sejuta kemaafan sekiranya andai ada gerak kerja yang tidak terlaksana sepanjang ini. Saya juga meminta kerjasama semua pihak untuk kita sentiasa memperjuangkan Misi Syaqah PMRAM ini sehingga berjaya. Yakinlah teman-teman setiap masa, kewangan, tenaga dan idea yang telah dicurahkan akan mendapatkan ganjaran yang berkekalan di sisi Allah ....

Sama-sama kita doakan Misi Syaqah PMRAM berjaya dilaksanakan dengan secepat mungkin...

Selamat berjuang....

Muhamad Zuhaili Saiman
Naib Presiden III
(Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan)
PMRAM 2009

Followers