Thursday, July 28, 2011

Skim Saham Waqaf PMRAM Bakal Dilancarkan



KAHERAH, 27 Julai : Hasil perbincangan dan kesepakatan Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011, satu skim di bawah Unit Dana Syaqah PMRAM bakal dilancarkan di seluruh peringkat ahli iaitu Skim Saham Waqaf PMRAM.
Skim Saham Waqaf yang bakal dilancarkan itu diwujudkan sebagai salah satu alternatif untuk menjayakan Misi Dana Syaqah PMRAM selain sebagai satu flatform dalam menghidupkan dan menyuburkan amalan berwaqaf yang sangat dituntut dalam islam di kalangan ahli.
Atas perbincangan rapi Unit Dana Syaqah PMRAM bersama ahli jawatankuasa, persetujuan telah dicapai untuk mengecilkan sasaran sebanyak LE 1.5 juta kepada LE 700,000 pada sesi ini. Ia dilakukan bagi memperkasakan momentum dan suasana di kalangan ahli dalam membantu menjayakan gerak gempur misi dana syaqah tersebut.
Pada peringkat awal, jumlah saham yang akan dibuka kepada ahli adalah sebanyak 2500 saham dengan kadar LE50 bagi setiap saham.
“Skim Saham Waqaf yang bakal dilancarkan ini merupakan hasil kajian dan perbincangan yang telah dijalankan oleh PMRAM sejak dua tahun lepas lagi. Ia diharapkan mampu memberi satu nafas baru kepada seluruh ahli untuk bersama-sama membantu mendapatkan dana Syaqah PMRAM”, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011
Segala maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa. Sila layari Laman Web Rasmi PMRAM dan Blog Unit Dana Syaqah PMRAM.
Sumber : Web PMRAM

Tuesday, July 26, 2011

PULANG DAN BERKHIDMAT

Unit Dana Syaqah PMRAM mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada sahabat-sahabat yang akan pulang mahupun yang telah pulang ke Malaysia.

Dari pihak kami sangat mengalu-alukan kepada sahabat-sahabat untuk membantu Unit Dana Syaqah PMRAM dalam mendapatkan dana.

Hasil perbincangan Ahli Jawatankuasa Induk UDS telah bersetuju untuk menggempur habis-habisan dalam mendapatkan syaqah pada sesi ini.

Oleh itu, dengan bantuan para sahabat sekalian dalam mendapatkan dana tersebut sama ada daripada sanak saudara terdekat mahupun daripada syarikat-syarikat koporat, sedikit sebanyak membantu dalam merealisasikan impian dalam mendapatkan syaqah pada sesi ini seterusnya memudahkan pengurusan dan menaikkan nama PMRAM.

Segala urusan dan permasalahan bolehlah merujuk kepada mas’ul berikut:


SYEIKH MUHD MUJAHID BIN SIKH NAWAWI
BP LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN PMRAM
http://www.facebook.com/syeikh.mujahid

MUHAMMAD SUFI MOHD YUSOF
PENGARAH DANA SYAQAH PMRAM
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000724021171

Followers