Saturday, January 26, 2013

KEPIMPINAN


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIMPIN?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin (penjaga) dan kamu bertanggungjawab kepada pimpinan kamu (rakyat atau orang di bawah jagaannya), Imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, perempuan adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah pemimpin harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya dan setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”.
Bukhari dan Muslim

Siapakah Pemimpin?
Pemimpin adalah personaliti atau individu yang diberi tanggungjawab serta diamanahkan untuk memimpin kelompok  individu, kumpulan, organisasi, negara ataupun sesuatu unit sosial (keluarga). Pemimpin juga boleh dilihat dari berbagai perspektif seperti pemimpin politik, pentadbiran, korporat, komuniti, agama dan sebagainya  Wujud perbezaan pendapat samada pemimpin dibentuk atau dilahirkan. Ciri-ciri pemimpin adalah meliputi sifat-sifat personaliti, gaya kepimpinannya, keadaan atau bentuk pekerjaannya, dan keperluan pengikut-pengikutnya
[4] .

KEPIMPINAN PERSPEKTIF ISLAM
Fungsi utama kepimpinan dalam Islam ialah melaksanakan syariat Allah s.a.w. Islam mengakui kepentingan pemimpin kepada masyarakat dan dalam hubungan ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka hendaklah mereka melantik seorang daripada mereka sebagai ketua (amir)”
Abu Hurairah

Perlantikan pemimpin atau ketua dalam masyarakat Islam adalah wajib hukumnya. Menurut Ibn Taymiyyah. “Kepimpinan adalah sebesar-besar kewajipan dalam Islam”. Konsep kepimpinan dalam Islam adalah merujuk kepada sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab menjaga orang lain.

Al-Farabi juga telah mengemukakan dua belas sifat atau tingkahlaku yang mesti dimiliki oleh pemimpin Islam untuk mencapai kesempurnaan kepimpinan menurut perspektif Islam.

i) Sempurna tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

ii) Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.

iii) Baik hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang dia telah faham, lihat, dengan atau dapat. Dia juga bukanlah orang yang pelupa.

iv) Bijaksana dan cerdik bila mendengar sesuatu. Hanya dengan reaksi sahaja dia boleh memahami sesuatu perkara.

v) Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu ibarat.

vi) Sangat suka atau berminat dengan ilmu pengetahuan. Senang menerima ilmu, tidak merasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

vii) Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal tentang makan minum dan hubungan kelamin dan menjauhkan diri daripada permainan yang hanya untuk bersukaan.

viii) Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang yang bersifat kebenaran. Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.

ix) Memiliki jika yang besar serta berhemah tinggi hingga dapat mengatasi perkara-perkara yang rendah dan remeh temeh.

x) Tidak berminat untuk mengumpul wang ringgit dan bentuk-bentuk kekayaan dunia yang lain.

xi) Bersikap prokeadilan dan anti kezaliman serta penindasan. Tidak mudah oleh perkara-perkara yang buruk sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

xii) Mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak lemah semangat.


Oleh: Ustaz Saifullah | Unit Ekonomi I Dana Syaqah PMRAM 2013

Followers