Sunday, February 28, 2010

Sejarah Tetap Sejarah : Mengapa Perlu Diubah ?

Sejarah PMRAM yang kini menggamit umur seabad mempunyai pelbagai memori agung yang tidak mungkin dimiliki oleh persatuan yang lain. Sebagai persatuan yang tertua yang wujud di bumi Mesir ini, pelbagai sejarah yang mungkin menelusuri beberapa dinasti menjadi PMRAM sebuah persatuan yang agung.

Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan kesahihan sejarah yang berlaku apabila ada beberapa individu dan pihak yang cuba memesongkan fakta-fakta yang ada. Yang paling hairan, mereka bukan sekadar menukar sejarah bahkan dengan penukaran fakta tersebut, hak dan keistimewaan yang dimiliki oleh PMRAM dirampas.

Antaranya ialah ARMA. Sebidang tanah yang mempunyai keluasan 2122 meter yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Mesir kepada PMRAM di atas pertolongan sukarelawan di dalam membantu kerajaan Mesir ketika peperangan menentang Israel. Ini adalah fakta yang jelas berlaku.

Namun di awal 90-an, pada tahun 1994, PMRAM telah dikeluarkan atas alasan pembaik pulih. Namun sehingga kini, alasan yang kononnya membaik pulih tersebut menyebabkan PMRAM hilang haknya. Bahkan ini juga menunjukkan maruah PMRAM dicalar dan dicabar.

Hasilnya, selepas beberapa usaha dijalankan bagi mendapatkan hak ARMA tersebut gagal dan tidak mempunyai peluang yang cerah, satu usul untuk dijayakan bersama dicetuskan oleh Saudara Nizam Noh pada tahun 2006.

Dan kini Misi Syaqah PMRAM masih berterusan walaupun usul menjayakan pembelian di akhir tahun 2009 telah gagal. Apa yang penting, hak ARMA merupakan memori bersama mereka yang menyokong dan mendokongi PMRAM dari zaman dahulu sehingga kini. Tiada istilah, hak ARMA sudah lenyap daripada PMRAM. Hak tersebut masih kekal. Dan PMRAM masih pemilik ke atas hak tersebut sebagaimana hak umat Islam ke atas Masjid Aqsa walaupun penafian yang tersebut dilakukan oleh mereka yang berkuasa namun zalim.

Jika betul apa yang cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu, sila nyatakan dan lampirkan bukti kepada semua. Dan mungkin juga forum seperti Wacana Ilmiah amat baik bagi hadirin menilai sendiri kesahihan fakta-fakta yang diberikan di antara 2 pihak.

Fakta yang tidak mungkin berubah : -


1956 Oktober : Mendaftarkan seramai 65 orang pemuda Melayu menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah dan mahaisiswi menjahit pakaian tentera untuk membantu tentera Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel


1959 Urusan penyerahan tanah seluas 2,212 meter persegi oleh kerajaan Mesir di buat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan masa depan, maka pertengahan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu








Wednesday, February 17, 2010

Gerai Dana Syaqah Di Bazaria Hewi KPKM

Promosi barangan Dana Syaqah di pintu hadapan laluan ikhwah..Misi Syaqah PMRAM menggempur Bazaria Hewi KPKM

Bazaria Hewi KPKM kini berlangsung selama 4 hari. Bermula 15 Feb sehingga 18 Feb di perkarangan Rumah Kelantan Baru. Dalam kesempatan itu, Unit Dana Syaqah jugak turut mengmabil kesempatan dengan mengambil satu tapak bagi melangsungkan jualan dalam menambahkan dana Syaqah PMRAM.

Menu-menunya :

1- Nasi Seri Makhkota LE 7.25
2- Mee Hailam LE 5.50
3- Kek Strawberry Coklat LE 3
4- Roti Jala (3 keping) LE 2


Tapak jualan barangan Dana Syaqah di sebelah ikhwah. Juga dijual disebalah akhwat..



Tidak lupa juga, Tabung Dana Syaqah diletakkan di meja kaunter..silakan bersedekah..


Petugas-petugas Unit Ekonomi Unit Dana Syaqah yang sedang tekun mempromosi..membeli sambil menderma...

Terdapat juga, jualan PROSMA bagi akhwat di Dewan Tok Kenali KPKM..membeli bagi menjana dana bantuan Umat Islam...

Monday, February 15, 2010

Jangan Lupa Jasa Perjuangan Mahasiswa Lama


Road Show Syaqah PMRAM kini bertapak di Markaz DPM Dumyat pada 14 Feb, selepas solat Isyak. Road Show tersebut merupakan salah satu agenda di dalam pogram Ramah Mesra Bersama BP Angkat Dumyat.

Walaupun kehadiran tidak begitu ramai, ekoran ramai ahli DPM Dumyat yang ke Kaherah dan muhafazah lain, pogram tetap diteruskan. Namun, dalam agenda Road Show Syaqah PMRAM tersebut, dokumentari Misi Syaqah PMRAM tidak dapat ditayangkan, cuma hanya dibentangkan penjelasan mengenai Misi Syaqah PMRAM. Walaupun begitu, dokumentari itu akan ditayangkan pada pogram yang mendatang.

Antara penekanan yang diberikan ialah bagaimana tercetusnya idea dalam mendapatkan sebuah syaqah bagi PMRAM dalam memudahkan apa jua urusan. Begitu juga dikaitkan dengan ARMA dan Syaqah PMRAM. Saudara Zuhaili menjelaskan bahawa hak PMRAM ke atas ARMA yang sudah disekat selama 15 tahun inilah merupkan punca utama bagi mendapatkan syaqah.

" Para ahli perlu tahu bahawa hak PMRAM ke atas ARMA tidak pernah lenyap. ARMA merupakan hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan abang-abang kita yang lama yang sanggup berjihad dalam menjadi tentera sukarela ketika peperangan tercetus dahulu. Lihat pada tahun PMRAM diminta keluar dengan alasan mahu perbaik pulih, abang-abang lama sanggup demontrasi bagi mempertahankan hak ini. namun adakah kita generasi sekarang dengan mudah-mudah mahu melupakannya begitu sahaja dan tanpa usaha yang lain dikerahkan. Justeru, perjuangan ke atas ARMA dalam mengembalikan hak kepada PMRAM masih berterusan dan dalam masa yang sama usaha bagi meringankan beban PMRAM dengan menjayakan Misi Syaqah PMRAM amat ditekankan dan mesti diusahakan dengan semaksima mungkin " - Muhamad Zuhaili Saiman.

Turut membantu dalam Road Show tersebut, Saudara Bazli PMC yang merupakan salah seorang krew pelaksana Unit Dana Syaqah PMRAM.

Thursday, February 11, 2010

"Kami Mengalu-alukan Kritikan Yang Ikhlas dan Idea Yang Realistik "


Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009, Saudara Zuhaili Saiman berkata pihak Unit Dana Syaqah mengalu-alukan kritikan, komen, muhasabah yang membina serta idea yang realistik dalam menjayakan gerak kerja Misi Syaqah PMRAM. Sehingga kini sudah 6 destinasi yang sudah menjalani Road Show Syaqah PMRAM.

Baru-baru ini, Road Show dijalankan di Rumah Kelantan Baru pada 9 Februari, jam 8 malam dan Rumah Kedah Hayyu Sabik, jam 8.30 malam. kehadiran di kedua-dua destinasi meriah berdasarkan kehadiran yang ramai kedua-dua belah pihak ikhwah dan akhwat. Sebelum penutup sesi Road Show, sesi soal jawab dibuka. Pelbagai cadangan dan muhasabah yang diberikan oleh para hadirin. Saudara Zuhaili menjelaskan bahawa ini merupakan satu petanda yang baik apabila banyak cadangan dan muhasabah yang dilontarkan kerana hal ini menunjukkan ahli PMRAM mengambil tahu akan isu Misi Syaqah PMRAM ini.

Road Show di Rumah Kelantan Baru dikelolai oleh Saudara Kahirul Amri, selaku Pengarah Unit Dana Syaqah serta Saudara Anwas yang merupakan Exco Kebajikan KPKM dan salah seorang AJK Unit Dana Syaqah, tanpa kehadiran Saudara Zuhaili kerana berada dalam mesyuarat ketika itu.


Road Show di Rumah Kedah Hayyu Asyir dikelolai oleh Saudara Khairul Amri selaku moderator dan Saudara Zuhaili Saiman. Road Show tersebut memakan masa selama 1 jam, beserta tanyangan dokumentari dalam menerangkan secara jelas perkara-perkara yang berkaitan Misi Syaqah PMRAM.

Bermula destinasi di Rumah Kelantan Baru, tabung bergerak bagi kutipan Dana Syaqah dijalankan sepanjang majlis.

Saudara Zuhaili meminta kepada semua hadirin mengambil peranan dengan memberikan komen dan kritikan yang membina beserta cadangan-cadangan yang akan dikaji oleh pihak Unit Dana Syaqah. Beliau berharap Road Show ini akan menjadikan suatu medan bagi mendekatkan PMRAM dengan ahli dalam membawa misi menjayakan pembelian syaqah.

"Kami mengalu-alukan kritikan yang ikhlas dan idea yang realistik", ujar beliau.

Friday, February 05, 2010

Road Show Dana Syaqah Dan Hisbah Dapat Sambutan


Kaherah, 4 Februari - Road Show Dana Syaqah dan Hisbah diteruskan lagi setelah ditangguhkan sementara kerana memberi laluan kepada peperiksaan. Road Show tersebut telah diadakan di rumah BKAN Perak di Wisma A pada jam 8 malam.

Road Show tersebut melibatkan Naib Presiden 1, Saudara Mohd Azrul Ismail yang menerangkan mengenai hisbah dan gejala sosial yang semakin menular di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. Manakala Naib Presiden 3, Saudara Zuhaili Saiman, menerangkan mengenai kronologi Misi Syaqah PMRAM beserta tayangan dokumentari selama 13 minit. Turut hadir di dalam majlis tersebut, Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah, saudara Mohd Labib Abd Jalil, selaku moderator pada malam tersebut. Majlis Road Show tersebut berlangsung selama 1 jam dan para hadirin diberikan laluan bagi mengutarakan apa jua bentuk soalan yang berkaitan.

Road Show tersebut akan diteruskan di BKAN Kedah pada 10 Februari ini, selepas solat Maghrib. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai penjadualan Road Show, bolehlah terus melayari blog rasmi Dana Syaqah PMRAM di www.dana-apartmen.blogspot.com

Wednesday, February 03, 2010

Road Show II Dana Syaqah

makluman kepada semua ahli-ahli PMRAM khususnya dan seluruh warga mahasiswa/wi di Mesir. Road Show Dana Syaqah kan disambung selepas berehat bagi memberi laluan kepada peperiksaan. sebelum ini Road Show Dana Syaqah telah dijalankan di Soubra, Terengganu dan Johor. insyaallah Road Show Dana Syaqa akan dijalankan di semua peringkat BKAN mahupun DPM bagi menjayakan Misi Syaqah PMRAM.

bagi tarikh yang terdekat ini penjadual Road Show Dana Syaqah adalah seperti berikut :

4 Feb (Khamis) - BKAN Perak di Wisma A, jam 7 malam.
10 Feb (Rabu) - BKAN Kedah Hayyu Sabik, masa Maghrib.
16 Feb (Selasa) - DPM Zaq Ziq, maghrib.

sama-sama kita jayakannya...

Followers