Saturday, October 27, 2012

SALAM EIDULADHA @ UDS PMRAM 2012


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 
&
Selamat Menjalani Ibadah Qurban
Ikhlas Dari Kami:
AJK Unit Dana Syaqah PMRAM 2012

IKLAN:

Menyediakan tender makanan
untuk sebarang program. Hubungi:
Us.Saifullah: 0114-7735343/
Us.Sufi: 0111-5459049

Wednesday, September 12, 2012

Unit Dana Syaqah PMRAM @ MERDEKA '12

Unit Dana Syaqah PMRAM 2012 @ MERDEKA ‘12
Dataran Hayyu 10
11,12 & 13 SEPTEMBER 2012
10am - 10pm

#MENU JUALAN UDS 2012:
1.Mee Hailam LE7
2.Merdeka Bucket LE5
3.Nasi Ayam Madu Merdeka LE9

#PAMERAN UNIT DANA SYAQAH:
-Pamplet UDS
-Banting UDS
-Direktori UDS
-Senarai nama pengarah Unit Dana Syaqah PMRAM dari awal penubuhan hingga kini
-Carta Saham Wakaf dan Dana kemasukan Dana Syaqah
-Tayangan video UDS
-Jualan produk UDS 2012 – bookmark UDS ‘12

Disediakan oleh: Unit Promosi Dana Syaqah PMRAM 2012


Sunday, September 09, 2012

PUASA SUNAT 6 Jangan Biarkan Berlalu


Puasa Sunat Enam Jangan Biarkan Berlalu
            Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.
            Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita. Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?
            Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?
Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”
                                                                                          (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:

“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”
                                 (Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.



Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu .

Tuesday, August 21, 2012












::HAKCIPTA TERPELIHARA. JANGAN DI COPY::

Harga untuk SEUNIT:
1.KAD RAYA: LE 2.00
2.BOOKMARK RAYA : LE 1.50

=Tempahan kali PERTAMA sehingga 25 OGOS 2012.
Akan diedarkan pada: program Haflah Hati PMRAM 2012 (HATI ’12).
Tarikh: 27 OGOS 2012.
Tempat: Hayyu 10, (di hadapan Imarah Selangor).

=tempahan kali KEDUA bermula 28 OGOS 2012 hingga 31OGOS 2012.
(atas perbincangan).


BOOKMARK RAYA 2012






Monday, August 20, 2012

Tempahan Kad Raya Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2012



KAD RAYA UNIT DANA SYAQAH (UDS) PMRAM 2012
Kad yang Menggamit Hati & Perasaan Anda!!!
Edisi Terhad!! Dapatkan Kesemuanya!!
9 design card yang menarik lagi bermakna.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!!!
Dengan Tema: MALAYS SOULFUL CARD
Design by: UNIXdesign

Untuk tempahan:
Ikhwah: USTAZ JURJANI: 0114-5835140
Akawat: USTAZAH HAZWANI: 0114-6874620

Tempahan dibuka sehingga: 25 OGOS 2012.

Untuk melihat full size kad raya
layari website DANA SYAQAH PMRAM
juga terdapat Bookmark AIDILFITRI 2012

Disediakan Oleh: Unit Publisiti Dana Syaqah PMRAM 2012.

Wednesday, August 08, 2012

MADRASAH RAMADHAN PEMBINA JATI DIRI





                                                                                                                   20 Ramadhan.
                                                                                                                   10.30 pm.
                                                                                                                   Teratak ramadhan.


Bismillahirahmanirrahim, kalam pembuka kata tintaku, tidakku terlewat untukku bicara tentang sinarnya ramdhan itu, lantas tarbiyah itu seiring dengan yang patut dikatakan MADRASAH RAMADHAN PEMBINA JATI DIRI. Sesungguhnya ramadhan itu merupakan sekolah atau madrasah yang mendidik jiwa-jiwa, memandunya mentaati Allah dan menjadikan diri suka beribadah. Ingatnku pada sabda nabi S.A.W: " Ramadhan itu, awalnya rahmat, ditengah-tengahnya, keampunan dan diakhirnya, pelepasan daripada neraka". Namun bagaimanakah cara kita manfaatkan madrasah ramdhan ini dan apa yang perlu kita penuhi dalam melestarikan lagi disetiap fasa yang diungkapkan dalam hadis itu tadi.

Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah,
Yang pertamanya:madrasah alquran.
kita mulai membaca alquran dari safhah yang pertama, dituruti dengan turutan juzu yang pertama hingga ke tiga puluh. Perlu diingatkan pada para pentartil dan pentadabbur al quran, janganlah kamu merasa letih lantas boleh menghilangkan keihklasanmu dalam membacanya. Perlunya penghayatan dan ketenangan hati agar roh alquran itu menyusup masuk ke dalam hati-hatimu agar ia memberi ketajaman akal untukmu memahami setiap kisah dan cerita dari setiap kalimah-kalimahnya. sebagai contoh; kita mulai membaca surah albaqarah, munasabah ayat antara dua surah; yakni surah Al-Fatehah dan surah Al-Baqarah, kaitan antaranya surah Al fatehah didalamya penuh dengan hukum-hukum ketuhanan, ibadah, tuntutan hidayah menuju jalan yang lurus secara ijmali. maka didatangkan pula surah al baqarah; menerangkan lagi maqasid-maqasid syariah Allah, serta menerangkan lagi keseluruhan surah Al-fatehah.  intipatinya pula  berkisar tentang iman dan yakin kepada Allah, selain itu juga dikisahkan tentang nabi adam, bani israel dengan kejumudan hati serta keingkaran mereka,   tentang sifat-sifat orang beriman  dan orang-orang munafik,hukum-hukum ibadah, serta jihad di jalan Allah.





...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,

 Nilai terapan yang dibawa dalam alquran sebagai contoh dalam surah al-asr, dingatkan kita dengan pentingnya masa, maka sewajarnya kita dalam melaksanakan gerak kerja itu bermula dari peringkat awal. Lantas   beriman kepada Allah dan keyakinan pada diri untuk berpesan-pesan dalam membuat perkara -perkara kebaikan, serta berkata yang haq , sabar dalam setiap dugaan dan rintangan yang mendatang. Haruslah di ingatkan juga, pertalian persaudaraan antara kalian haruslah kuat agar kerja-kerja dakwah dapat direalisasikan. Jadilah pejuang agama Allah  yang ikhlas kerana Allah dan hilangkanlah sifat-sifat munafik dari dalam diri. Sentiasalah berdoa kepada Allah dan berterusan dalam taubat kerana ALLAH sangat suka kepada hambanya yang selalu bertaubat, merintih meminta maghrifah dariNYA.






Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah 

Yang keduanya:madrasah sedekah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sebaik2-baik sedekah adalah sedekah dalam bulan ramdhan."(diriwayatkan oleh Al- Imam Al-Tarmizi). Sedekah adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia ,yang dapat mendekatkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Sedekah yang terbaik adalah sedekah yang berterusan, samada dalam bentuk bantuan kewangan atau contoh lain, mencari jalan menyelesaikan masalah sahabat (sedekah tenaga dan buah fikiran).




...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,
   
Sebagai contoh; jika  kita merasa kita ada tanggunggjawab untuk sama-sama merealisasikan dalam menjayakan misi Dana Syaqah PMRAM. Galakkan yang perlu dipupuk pada  ahli pmram khususnya bersedekah samada dalam bentuk sumbangan tenaga, buah fikiran atau kewangan. Maka apalah kiranya, kita rengang-regangkan tangan  sedia  menyumbang ke dalam tabung Dana Syaqah. Sedia memberi kefahaman kepada ahli pmram khususnya tentang kepentingan misi ini dalam membeli pejabat pmram sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang telah ditanggung (sewa pejabat yang semakin meningkat). Alangkah bagusnya jika duit sewa itu dapat digunakan untuk menjalankan program-program tarbiyah pmram khususnya.


Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah 

Yang ketiganya:madrasah doa.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan tuhan kamu berfirman .Berdoalah kamu kepadaku, nescaya aku perkenankan doa permohonanmu.
(surah ghafir: ayat 60).
Sudi-sudikanlah diri kita ini untuk lebih bersungguh  berdoa, perbanyakkan doa di bulan ramdhan, bulan berkat,bulan rahmat, bulan maghfirah. Berdoa di bulan ini sangat memberi kesan pada hati kerana hati lebih terasa dekat dengan Allah, selagi mana hati-hati kita ini tidak tercuit dengan bisikan syaitan laknatullah yang terbelenggu. Sesungguhnya rahmat allah itu sangat dekat dengan hati- hati orang mukmin.





...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,

Sudah menjadi lumrah orang yang berjuang di jalan Allah, perlu membina kekuatan rohani juga spiritual yang tinggi. Perlu  perbanyakkan ibadah dan mengurangkan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti menonton drama atau mendengar sesuatu yang tidak berfaedah kerana ianya hanya akan mengurangkan pahala puasa kita. Menyempurnakan  setiap ibadah dengan khusyuk dan ikhlas, agar segala yang dilakukan tidak sia-sia dan moga menatijahkan  makbul segala doa yang dipohonkan. Lantas itu memberi jalan lapang dan lancar kita dalam jalan dakwah ini, juga apa sahaja program atau amal islami kita mencapai keberjayaan yang sempurna. Di samping itu juga, sentiasalah kita berdoa akan keselamatan dan kebebasan dari terbelenggunya umat islam yang dizalimi dari tangan- tangan pengkhianat agama Allah dan musuh agama Allah seperti umat islam di Burma, Syria dan plastien serta yang lain-lainnya.


Wahai para tetamu ramadhan yang dirahmati Allah 

Yang keempat: madrasah qiam.
Disamping kita menunaikan ibadah-ibadah yang lain, solat fardhu berjemaah, solat tarawih yang disunnatkan , menjadikan kita umat yang cenderung kepada suka beribadah dan kelebihan-kelebihan yang terdapat padanya.  Kita digalakkan untuk berie'tikaf di masjid pada di sepuluh hari terawal dan terakhir bulan ramadhan sebagaimana yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah dengan apa yang telah dilakukan oleh nabi muhammad S.A.W. ketika sampainya ia bulan ramadhan. Laksanakanlah qiamulail pada setiap malam sebagai amalan mendidik diri kita untuk kita mengikat diri mengharapkan keredhaan dan keampunan darinya. Banyak kelebihan yang boleh kita dapati, menatijahkan kehidupan seharian kita lebih terjaga dan sempurna dan yang terbaik disisinya. Sabda Rasulullah s.a.w: "sesiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."



Wahai para tetamu ramdhan yang dirahmati Allah,

Yang kelima: madrasah sifat lembut.
Sabda nabi s.a.w: " puasa itu pelindung. jika seseorang itu berpuasa, dia tidak akan berkata sesuatu yang tidak elok, jika dia dicaci seseorang katakanlah: aku berpuasa."
Hadis ini mengalakkan kita bersikap lemah lembut dalam kita berakhlak, elakkan  diri dari bersikap kasar, juga menjaga tutur kata kita dari berkata-kata yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Bagaimana al quran itu dapat melembutkan hati saidina Omar ketika jahiliyahnya, lantas memeluk islam disebabkan mendengar ayat-ayat allah. antara contoh surah toha ,surah pelembut hati.





...Wahai para pendokong dan amil pejuang agama Allah,
 
Galakan pada kita untuk saling hormat- menghormati di antara sesama kita serta bersikap adil pada yang lainnya. Menjaga pertuturan daripada menimbulkan sebarang syakwasangka dan menyakiti hati sahabat-sahabat kita. Mendidik diri dan hemah diri sebagai contoh yang baik terhadap mad'u kita. Mafhum dari kalam imam Hassan Al-banna: kita dekati , tautkan hati -hati para mad'u kita dengan pertamanya rasa kasih sayang.....
Jelaslah disini bahwa di dalam madrasah ramadhan, penuh dengan latihan dan sesi pentarbiyahan yang sememangnya tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Setiap madrasah boleh diaplikasikan dalam setiap fasa ramdhan yang akan kita tempuhi ,kerana disepanjang bulan ini, tiada amalan yang sia-sia melainkan semuanya dikira sebagai ibadah. Akhir kata, ayuh sahabat-sahabat kita laksanakan ibadah di bulan Ramdhan ini dengan bersungguh-sungguh. Moga ramadhan ini sangat memberi makna pada kita dan kita-kita sama-sama doakan moga ada ramadhan untuk kita pada tahun yang akan datang.




                                               RAMADHAN KARIM



Saturday, July 14, 2012

Mahabbah UDS Corner

 
Salam Mahabbah untuk semua.Unit Dana Syaqah PMRAM masih meneruskan misi menambah dana bagi memperolehi Syaqah yang diidam-idamkan.Unit Dana Syaqah akan membuka gerai jualan yang diberi nama Mahabbah UDS Corner sempena bazaria yang akan berlangsung di rumah Selangor pada 15 hingga17 Julai ini.

Pelbagai menu menarik akan disediakan antaranya :-

1)Nasi + Ayam Masak Merah + Rendang + Sayur Lemak = le9

2)Mee Hailam = le6.50

3)Muffin coklat (3 biji) = le3.50

4)Donat Sambal (2 biji) = le1.50

Gerai Mahabbah UDS Corner akan dibuka bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 malam.Dijemput beramai-ramai untuk membeli sambil menderma di gerai dana syaqah."Hulurkan Sumbangan,Tunaikan Kewajipan".
           

Tuesday, March 13, 2012

UDS di Muktamar Sanawi kali ke-79

Bagi menambah dana untuk menjayakan misi untuk mendapatkan syaqah PMRAM,Unit Dana Syaqah PMRAM akan membuka gerai selama 2 hari bersempena dengan program Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-79 dan Muktamar Sanawi Hewi kali ke-25.

Antara menu menarik yang akan dijual ialah:-


*Pau sambal

*Popia sambal
*Popia sayur
*popia sardin
*Maggi goreng
*Kuih keria

Jualan sampingan yang lain seperti Book Mark,buku-buku dan lain-lain.Turut dibuka kaunter pembelian Skim Saham PMRAM.Hulurkan Sumbangan,Tunaikan Kewajipan.







Tuesday, February 28, 2012

Unit Dana Syaqah Di Konvensyen DPM

Maaf diatas ketidaklancaran blog Dana syaqah sebelum ini.Pemberitahuan awal,Unit Dana Syaqah PMRAM kali ini akan bersama anda di Konvensyen DPM yang akan berlangsung di Zaqaziq.

Gerai dana syaqah akan menyediakan pelbagai jenis jualan sampingan seperti book mark dan sebagainya. Disamping itu juga,tutut dibuka kaunter pembelian saham waqaf PMRAM.

Bagi sesiapa yang ingin membeli saham waqaf  PMRAM,bolehlah membuat pembelian disana.Semoga sama-sama dapat menyumbang dan memantapkan ekonomi islam.


"HULURKAN SUMBANGAN TUNAIKAN KEWAJIPAN"


Followers