Monday, February 15, 2010

Jangan Lupa Jasa Perjuangan Mahasiswa Lama


Road Show Syaqah PMRAM kini bertapak di Markaz DPM Dumyat pada 14 Feb, selepas solat Isyak. Road Show tersebut merupakan salah satu agenda di dalam pogram Ramah Mesra Bersama BP Angkat Dumyat.

Walaupun kehadiran tidak begitu ramai, ekoran ramai ahli DPM Dumyat yang ke Kaherah dan muhafazah lain, pogram tetap diteruskan. Namun, dalam agenda Road Show Syaqah PMRAM tersebut, dokumentari Misi Syaqah PMRAM tidak dapat ditayangkan, cuma hanya dibentangkan penjelasan mengenai Misi Syaqah PMRAM. Walaupun begitu, dokumentari itu akan ditayangkan pada pogram yang mendatang.

Antara penekanan yang diberikan ialah bagaimana tercetusnya idea dalam mendapatkan sebuah syaqah bagi PMRAM dalam memudahkan apa jua urusan. Begitu juga dikaitkan dengan ARMA dan Syaqah PMRAM. Saudara Zuhaili menjelaskan bahawa hak PMRAM ke atas ARMA yang sudah disekat selama 15 tahun inilah merupkan punca utama bagi mendapatkan syaqah.

" Para ahli perlu tahu bahawa hak PMRAM ke atas ARMA tidak pernah lenyap. ARMA merupakan hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan abang-abang kita yang lama yang sanggup berjihad dalam menjadi tentera sukarela ketika peperangan tercetus dahulu. Lihat pada tahun PMRAM diminta keluar dengan alasan mahu perbaik pulih, abang-abang lama sanggup demontrasi bagi mempertahankan hak ini. namun adakah kita generasi sekarang dengan mudah-mudah mahu melupakannya begitu sahaja dan tanpa usaha yang lain dikerahkan. Justeru, perjuangan ke atas ARMA dalam mengembalikan hak kepada PMRAM masih berterusan dan dalam masa yang sama usaha bagi meringankan beban PMRAM dengan menjayakan Misi Syaqah PMRAM amat ditekankan dan mesti diusahakan dengan semaksima mungkin " - Muhamad Zuhaili Saiman.

Turut membantu dalam Road Show tersebut, Saudara Bazli PMC yang merupakan salah seorang krew pelaksana Unit Dana Syaqah PMRAM.

No comments:

Post a Comment

Followers