Sunday, February 28, 2010

Sejarah Tetap Sejarah : Mengapa Perlu Diubah ?

Sejarah PMRAM yang kini menggamit umur seabad mempunyai pelbagai memori agung yang tidak mungkin dimiliki oleh persatuan yang lain. Sebagai persatuan yang tertua yang wujud di bumi Mesir ini, pelbagai sejarah yang mungkin menelusuri beberapa dinasti menjadi PMRAM sebuah persatuan yang agung.

Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan kesahihan sejarah yang berlaku apabila ada beberapa individu dan pihak yang cuba memesongkan fakta-fakta yang ada. Yang paling hairan, mereka bukan sekadar menukar sejarah bahkan dengan penukaran fakta tersebut, hak dan keistimewaan yang dimiliki oleh PMRAM dirampas.

Antaranya ialah ARMA. Sebidang tanah yang mempunyai keluasan 2122 meter yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Mesir kepada PMRAM di atas pertolongan sukarelawan di dalam membantu kerajaan Mesir ketika peperangan menentang Israel. Ini adalah fakta yang jelas berlaku.

Namun di awal 90-an, pada tahun 1994, PMRAM telah dikeluarkan atas alasan pembaik pulih. Namun sehingga kini, alasan yang kononnya membaik pulih tersebut menyebabkan PMRAM hilang haknya. Bahkan ini juga menunjukkan maruah PMRAM dicalar dan dicabar.

Hasilnya, selepas beberapa usaha dijalankan bagi mendapatkan hak ARMA tersebut gagal dan tidak mempunyai peluang yang cerah, satu usul untuk dijayakan bersama dicetuskan oleh Saudara Nizam Noh pada tahun 2006.

Dan kini Misi Syaqah PMRAM masih berterusan walaupun usul menjayakan pembelian di akhir tahun 2009 telah gagal. Apa yang penting, hak ARMA merupakan memori bersama mereka yang menyokong dan mendokongi PMRAM dari zaman dahulu sehingga kini. Tiada istilah, hak ARMA sudah lenyap daripada PMRAM. Hak tersebut masih kekal. Dan PMRAM masih pemilik ke atas hak tersebut sebagaimana hak umat Islam ke atas Masjid Aqsa walaupun penafian yang tersebut dilakukan oleh mereka yang berkuasa namun zalim.

Jika betul apa yang cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu, sila nyatakan dan lampirkan bukti kepada semua. Dan mungkin juga forum seperti Wacana Ilmiah amat baik bagi hadirin menilai sendiri kesahihan fakta-fakta yang diberikan di antara 2 pihak.

Fakta yang tidak mungkin berubah : -


1956 Oktober : Mendaftarkan seramai 65 orang pemuda Melayu menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah dan mahaisiswi menjahit pakaian tentera untuk membantu tentera Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel


1959 Urusan penyerahan tanah seluas 2,212 meter persegi oleh kerajaan Mesir di buat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan masa depan, maka pertengahan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu








No comments:

Post a Comment

Followers