Sunday, March 21, 2010

" Ayuh ! Sama-Sama Berganding Bahu Menjayakannya " - Pengarah Unit Dana Syaqah


Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah, selaut kesyukuran kita panjat ke hadrat Ilahi, atas limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat berdiri teguh di bawah kesatuan yang membawa dasar Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu PMRAM. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah SWT.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana yang kita ketahui, kini Misi Syaqah PMRAM sudah menjejak tahun yang ke-5 selepas ia dijalankan bermula tahun 2006. Sehingga kini jumlah LE 1.5 juta masih lagi jauh bahkan secara logik, angka ini agak payah untuk dikecapi dalam masa yang terdekat ini. Lagi, kegagalan kita bersama di dalam menjayakan usul yang lepas iaitu menjayakan pembelian Syaqah PMRAM pada akhir 2009 menjadikan Misi Syaqah PMRAM tertanya-tanya bilakah lagi misi ini akan ditetapkan berakhir. Saya selaku Pengarah bagi Unit Dana Syaqah PMRAM mengungkapkan kembali kalam daripada Saudara Zuhaili Saiman selaku Ketua Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM bahawa objektif utama ialah PMRAM mendapat syaqah yang diimpikan bagi menjalankan operasi kepejabatan. Adapaun ketetapan tarikh pada sebelum 31 Disember 2009 sebelum hanya sebagai suatu momentum bagi mempercepatkan dana yang disasarkan. Maka, saya mengingatkan lagi bahawa Misi Syaqah PMRAM terus berjalan sehingga sebuah syaqah mampu dimiliki, tidak kira samada mengambil masa yang agak panjang.

Di bawah aktiviti Unit Dana Syaqah PMRAM yang ditubuhkan khas bagi merealisasikan Misi Syaqah PMRAM pelbagai aktiviti telah pun dijalankan bagi mendapatkan dana seperti jualan barangan Dana Syaqah, mengmbil tender bazar, mengadakan pameran dan road show bagi menerangkan kepentingan syaqah dan menyeru ahli membantu misi ini dengan semaksima yang mungkin.

Justeru, saya mengingatkan sahabat-sahabat sekalian bahawa Misi Syaqah ini tidak akan berjaya sekiranya tiada usaha bersama di antara pimpinan dan ahli. Apa yang penting saya menyeru semua sahabat agar kita semua menjadi agen di dalam menjayakan misi ini samada agen secara rasmi atau tidak. Ingatlah sahabat-sahabat, kalau di zaman dahulu adanya 65 tentera sukarelawan yang sanggup mengggadaikan nyawa, dan pada hari ini saya minta biar sahabat-sahabat yang ada di hadapan mata saya ini mampu menuruti jejak mahasiswa terdahulu. Usaha lelah biar kita tanggung sama-sama, insyaallah kemanisan akan lebih bermakna.

Di akhir kalam, marilah kita sama-sama menjayakan Misi Syaqah PMRAM dengan segera. Semoga kalam yang ringkas ini mampu memberikan sedikit kesedaran kita bersama.

2 comments:

  1. assalamualaikum

    setinggi-tinggi tahniah atas kesungguhan kalian untuk meneruskan misi dana syaqah ini. semoga usaha - usaha kalian mendapat berkat dan redha Allah.usah berputus asa selagi kita belum tahu natijahnya...

    **agen xrasmi**

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    kepada BP dan HEWI PMRAM....
    Setiap tahun PMRAM menganjurkan program mega itu dan ini, yang pastinya byk menggunakan duit. Apa kata utk setahun dua ni, stopkan dulu program mega. biarlah BKAN je yg buat program tahunan mereka.

    Duit yang boleh disimpan dengan tawaqufnya program mega tu boleh disalurkn utk dana syaqah PMRAM.

    tak perlu lah rasa rugi utk tahun yg tiada program mega tu (sbb program BKAN masih ada), malah yang penting mempercepatkn usaha dpt syaqah. sampai bila PMRAM nak merempat tanpa tempat sendiri???

    Bahagian kewangan uruskn lah sebaik2nya, jangan berapa byk dapat duit tahun ni, tahun ni juga nak habiskn sbyk yg boleh. seolah2 BP dan HEWI tahun berkenaan nak tunjuk 'inilah kejayaan kami tahun ini!'.

    harap BP dan HEWI pertimbangkn cadangan ni. Apa sgtlah setahun dua tanpa 'mega'nya PMRAM, berbanding mendapat syaqah tu?

    ReplyDelete

Followers