Wednesday, November 02, 2011

Kaunter Skim Saham Waqaf Meriah

SELASA , 2 Nov - Unit Dana Syaqah sekali lagi telah membuka gerai di majlis pembacaan Kutub Sittah yang telah berlangsung pada 29,30 dan 31 disember 2011.Gerai ini dibuka adalah untuk mendapatkan dana tambahan bagi menjayakan projek syaqah PMRAM.

Usaha bagi menambahkan pendapatan tabung dana syaqah yang berlangsung selama tiga hari di majlis pembacaan kutub sittah bersama para masyaikh yang bertempat di dewan Nadhi Madina al Nasr al-riyadhi itu telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pihak peserta.

Antara makanan yang telah dijual ialah murtabak maggi,burger baghdad, karipap, muffin,kacang kuda rebus dan keropok.Turut dijual book mark sempena majlis pembacaan kutub sittah.

selain itu,kaunter Skim Saham Waqaf berjaya menjual sebanyak 20 unit saham dan di samping itu juga,unit penggempur dana syaqah PMRAM telah mengedarkan tabung dan telah mendapat sumbangan sebanyak LE 2785.65,RM 28.25,USD 4.00,SINGAPORE 0.50 dan RIYAL 1.00. 



      
  kaunter UDS yang dibuka sepanjang Kutub Sittah 

                                                                      

 antara barang jualan yang dijual


Hangat,penanda buku kutub sittah dari UDS

Unit Dana Syaqah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,semoga sama-sama dapat menjayakan syaqah PMRAM.

No comments:

Post a Comment

Followers