Sunday, January 31, 2010

Misi Syaqah PMRAM masih diteruskan


Misi Syaqah PMRAM bagi menjayakan pembelian sebuah apartmen bagi operasi kepejabatan PMRAM pada akhir tahun 2009 masih terlaksana. Pengumuman jumlah terkini Dana Syaqah oleh Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009 baru-baru ini secara rasmi menunjukkan jumlah sasaran masih jauh lagi.

namun adakah Misi Syaqah PMRAM akan terhenti dan dikira gagal?

berkenaan dengan Misi Syaqah PMRAM ini ikuti wawancara bersama Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, selaku orang yang bertanggungjawab penuh ke atas Misi Syaqah PMRAM.

wartawan (w): Assalamualaikum, semoga sihat. maaf sekiranya mengganggu ustaz. nak tanya sedikit berkenaan dengan Misi Syaqah PMRAM yang dilaung-laungkan sebelum ini, apa pandangan ustaz setelah berakhirnya tempoh yang disasarkan?

Saudara Zuhaili (z): waalaikumussalam. alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan. em, bagi saya misi ini masih belum mencapai sasaran yang telah kita sepakati bersama ketika dijadikan usul pada Muktamar Sanawi PMRAM yang lepas. baru-baru ini saya ada mengumumkan jumlah terkini secara rasmi di web PMRAM dan blog Dana Syaqah iaitu sebanyak LE 330 000 lebih. apa pun kita terima seadanya dengan keputusan yang ada, insyaallah Misi Syaqah PMRAM akan kita teruskan bagi memastikan sebuah apartmen untuk urusan operasi kepejabatan PMRAM.

(w): adakah bagi ustaz, PMRAM gagal menjalankan misi ini? dan sasaran LE 1 juta masih jauh berbanding dengan dana yang terkumpul sekarang??

(z): isu berjaya atau tidak, sememangnya kita sama-sama kena akui bahawa kita telah gagal melaksanakannya. bagi saya, hal ini bukan hanya PMRAM semata-mata bahkan ia melibatkan semua. tanpa komitmen yang tinggi daripada pihak ahli juga mungkin menyebabkan misi ini tergendala. bagi saya, salah siapa, tidak perlu dituding jari kepada mana-mana pihak. apa yang penting ini merupakan satu muhasabah bersama bagi seluruh peringkat samada kepimpinan PMRAM, BKAN, DPM dan ahli di dalam menjayakan misi yang besar ini. walaupun begitu saya mewakili PMRAM mengucapkan kepada mereka yang telah banyak berkorban bagi menjayakan misi ini.

(w): akhir sekali, apa yang ingin ustaz sampaikan kepada semua mengenai dengan Misi Syaqah PMRAM? dan kami mengucapkan jutaan terima kasih atas wawancara ringkas ini.

(z): sama-sama. bagi saya, isu ini masih kurang diambil berat oleh semua pihak. saya minta agar misi ini diambil berat, dan sama-sama kita jayakan. kalaulah sesi kali ini gagal, kita kena pastikan bahawa sesi depan misi ini mesti berjaya dilaksanakan. diharapkan semua pihak tidak jemu-jemu untuk membantu PMRAM menjayakan pembelian apartmen ini.akhir sekali, Misi Syaqah PMRAM ini secara rasmi akan diteruskan lagi sehinggalah pembeli syaqah bagi PMRAM berjaya dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Followers